Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kementerian tahap lemah kendali kes buli
komentar

Kementerian tahap lemah kendali kes buli

Oleh DR ZULKEFLEE YAACOB


JABATAN Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues susulan kematian Zara Qairina Mahathir pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah. 

Prosiding itu dilakukan setelah meneliti laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaras dengan peruntukan Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) bagi memastikan kasus bebas dan telus mengikut undang-undang. 

Mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dan disahkan meninggal dunia, kemudian dikebumikan di Kampung halamannya di Sipitang. 

Peristiwa tragis yang menggegerkan massa apabila mangsa ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah pada 16 Julai lalu. 

Kemelut menggempar negara apabila ibu Zara Qairina memohon mayat anaknya digali semula kerana dikatakan mangsa terkorban tidak menjalani proses bedah siasat yang menjadi kelaziman SOP forensik bagi mendapatkan jawapan dan keadilan. 

Tambahan bahan bukti, iaitu pakaian dan barang tidak diambil untuk siasatan lanjut menimbulkan pelbagai persoalan yang menjurus ketidakadilan kepada mangsa. 

Apalagi tular di medsos tuduhan mangsa dibuli membabitkan anak-anak VVIP (very-very important person). 

Mangsa meninggal dunia dipercayai kerana tengkorak pecah, otak mati, kepala berair, organ rosak teruk, saraf tunjang putus, jantung bengkak, tangan dan kaki patah. 

Manakala peguam keluarga mengesahkan terdapat kecederaan pada tubuh Zara Qairina seperti yang tersebar di media sosial, termasuk patah. 


Unjuk rasa

Ini mendorong orang ramai turun unjuk rasa di beberapa lokasi di Sabah mahupun di Semenanjung kerana pihak berkuasa kurang proaktif dan reflektif menjelaskan isu yang membabitkan kes jenayah buli. 


Isu buli masuk lingkungan jenayah berat kerana mangsa mengalami kecederaan, kecacatan kekal dan hilang nyawa di samping tingkah laku dan gangguan emosi atas trauma dialami. 

Buli dalam kalangan pelajar di sekolah perlu ditangani dan dipertanggungjawabkan pihak sekolah, jabatan pendidikan sekali gus kementerian pendidikan. 

Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri dikesan reaksi dan informasi tahap lemah dan kendalian tidak afektif menangani kes nyawa pelajar. 

Pascasiasatan dilaporkan beberapa pelajar dipindah sekolah, namun ia dilihat tidak merungkai kes berat membabit hilang nyawa pelajar. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi jaminan siasatan kes kematian Zara Qairina akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur. 

PDRM membentuk Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman turun ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes. 

Task force terdiri daripada sembilan anggota dan pegawai PDRM untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan holistik. 


Media juga melaporkan pengetua sekolah, warden dan Penolong Kanan (HEM) ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sehingga siasatan selesai. 

Atas gesaan massa tindakan proses bedah siasat dilaksanakan oleh empat pakar patologi termasuk pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor. 

Kemudian jenazah dikebumikan kembali di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, 

Kejadian tragis menimpa arwah Zara Qairina menjadi titik merah kerana pembuli sistemik tidak menoleh impak sebaliknya, ibu bapa pula bimbang tahap keselamatan anak-anaknya. 

Mereka menaruh kepercayaan kepada suasana kondusif bukan saja di kelas waktu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), malah kasus iklim sekolah yang selamat.

Oleh itu, penggubal hukum perlu meneliti kes buli sama ada di institusi pendidikan mahupun dalam masyarakat suatu ancaman terhadap nilai insaniah dan nyawa manusia.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook