Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kerajaan disaran gubal RUU anti-buli
utama

Kerajaan disaran gubal RUU anti-buli


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Buli yang mengenakan hukuman berat terhadap pembuli dan mana-mana pihak cuai melindungi keselamatan pelajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi di negara ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan ada Akta Anti-Buli, kerangka undang-undang dan dasar yang jelas boleh dilaksanakan pihak berkuasa melindungi pelajar daripada tindakan penganiayaan samada berbentuk fizikal atau emosi.

Katanya, tindakan undang-undang yang tegas hendaklah diambil untuk memastikan kejadian menyayat hati tidak berulang.

“Kita mesti bersama sama memerangi budaya buli yang saya percaya masih berleluasa pada masa ini. 

“Ia umpama gajah di dalam bilik terutamanya di sekolah-sekolah berasrama. Jangan kita biarkan amalan buruk dan jahat yang menjejaskan keselamatan dan nyawa anak-anak berterusan.

“Saya mendoakan agar kedua ibu bapa dan ahli keluarga arwah adik Zara Qairina tabah menghadapi dugaan getir kehilangan insan tersayang,” katanya pada kenyataan hari ini. 

Menurutnya juga keputusan Jabatan Peguam Negara mempercepatkan inkues berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir hendaklah dijalankan secara telus, menyeluruh dan berpaksikan undang-undang demi mencari kebenaran dan keadilan.

Kata beliau insiden buli yang menyebabkan kecederaan dan kematian pelajar tidak boleh dipandang ringan. 

“Malah ia tidak harus dibiarkan menjadi budaya terutamanya di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara kita,” ujarnya.

Kematian menyayat hati adik Zara Qairina dipercayai ada kaitan kes buli turut mendapat perhatian negara-negara jiran.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook