Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kes penagihan penagihan dadah di Kelantan menurun
utama

Kes penagihan penagihan dadah di Kelantan menurun

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Kelantan mencatat penurunan kes penagihan dan penyalahgunaan dadah sebanyak 5.4 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, penurunan itu ada kaitan dengan usaha pelbagai pihak melibatkan aktiviti penguatkuasaan serta pelaksanaan program pencegahan dan kawalan di sempadan.

“Program kempen bahaya dadah termasuk di sekolah dan operasi mengejut di tempat tertentu membuahkan hasil,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Kelantan di Kota Darulnaim semalam. 

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Ruslin juga berkata, Kelantan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia kadar penagih dan penyalahgunaan dadah per 100,000 penduduk, iaitu 597 kes, manakala Terengganu (663 kes) dan Perlis (609 kes).

Menurutnya Kelantan berada di sempadan berisiko kerana mudah menerima bekalan dadah. 

Kata beliau, penutupan lorong tikus serta pangkalan haram oleh pihak berkuasa membolehkan aktiviti terlarang dikawal selia secara lebih teratur.

“Kelantan lebih berisiko kerana ia negeri sempadan. Bekalan dadah dari luar lebih mudah masuk ke negara kita. Sebab itu kita berdepan cabaran lebih besar,” katanya.

Beliau juga berkata, penglibatan semua agensi termasuk pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, masjid dan surau serta sokongan masyarakat membantu membanteras gejala dadah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar yang mempengerusikan mesyuarat tersebut dan turut diadakan pembentangan laporan semasa situasi dadah di Kelantan dan Malaysia.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook