Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Peluang PAS kekal terajui Kedah PRU-16 cerah
utama

Peluang PAS kekal terajui Kedah PRU-16 cerah


KUALA LUMPUR: Kejayaan Kedah menarik pelaburan mega bernilai hampir RM175 bilion dalam pelbagai sektor dalam tempoh lima tahun sejak 2020 menggambarkan keupayaan PAS dan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negeri itu.

Pengerusi Ikatan Eksekutif dan Teknokrat Malaysia (METRA) Ir Ariffahmi Ab Rahman berkata, kejayaan itu hasil kepimpinan dinamik yang dianggap berada di posisi kukuh.

Katanya, tidak dapat dinafikan peluang untuk mendapat mandat rakyat bagi mentadbir Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 semakin cerah. 

“Mungkin juga gelombang hijau akan melanda Perak dan Selangor,” katanya di sini. 

Menurutnya Kedah di bawah kepimpinan Dato’ Seri Sanusi Mohd Nor berjaya menunjukkan kepada dunia, pemimpin PAS juga boleh mengurus ekonomi dengan berkesan. 

Kata beliau pelaksanaan dasar pragmatik pro-pelaburan mengukuhkan posisinya memimpin misi ekonomi dengan memudahcara projek pelaburan ke Kedah.

Dalam masa yang sama kehadiran Exco Pelaburan dan Industri Dr Haim Hilman berjaya mengemudi usaha meningkat ekonomi Kedah dengan menarik pelaburan mega ke negeri itu. 


Katanya Dr Haim membawa perspektif akedemik serta inovasi kreatif dalam pelaburan strategik berkualiti tinggi. 

“Initiatif tersebut diunjurkan untuk membina lapisan generasi bijak pandai di Kedah melalui pemindahan teknologi dan bersedia menyumbang tenaga mahir berasaskan sains, teknologi dan kejuruteraan. 

“Kemaraan inisiatif terbabit dipakejkan dengan transformasi digital dengan kawalan atas talian menyeluruh selaras dengan wawasan 25 tahun Kedah muncul negeri maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2050.

“Dengan frasa kata ‘your vision is our commitment’ berjaya menyakinkan dunia tentang keazaman tinggi Kerajaan Kedah menyediakan landasan luas dan ruang selesa pelaburan di sebuah negeri yang diterajui PAS,” ujarnya. 

Ariffahmi juga berkata, kejayaan membawa pelbagai syarikat gergasi dunia mencurahkan dana pelaburan berbilion ringgit ke Kedah sejak 2020 berjaya membuka mata semua pihak.

Katanya pencapaian itu hasil kurangnya kerenah birokrasi dan menyediakan keperluan termasuk kesediaan tanah industri di kawasan pertumbuhan baharu.

Selain itu jaringan jalan raya, bekalan air bersih dan sistem kumbahan kegunaan industri berupaya membina ekosistem ekonomi dan iklim perniagaan mesra pelabur.


Hub ekonomi baharu 

Menurutnya juga wawasan The Greater Kedah berjaya dicanangkan ke seluruh dunia dengan menarik pelabur tertumpu di utara Semenanjung yang akan menjadi hub ekonomi baharu Malaysia. 

“Berdasar statistik MIDA memperlihatkan pada suku pertama 2024, Kedah mencatat pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM31.1 bilion yang mana 97 peratus adalah pelaburan asing. 

“Sektor pembuatan mencatat pertumbuhan tertinggi sudah tentu akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah,” tambahnya.

Tumpuan pelaburan di Kulim High Technology Park, Zon Ekonomi Bukit Kayu Hitam dan Gurun dengan insfastruktur tersedia. 

Pelaburan meliputi sektor semi konduktor, tenaga solar, electric vehicle, renewable energy, pusat data dan makanan halal yang menyasarkan pelaburan RM10 bilion setiap tahun.

Antaranya syarikat Infineon Technology melabur hampir RM40 bilion bagi mengeluarkan semikonduktor SiC 200mm power fab dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Ariffahmi juga berkata, sektor penyediaan tenaga meletakkan Kedah di peta tenaga dunia dengan pelaburan dari Risen Solar Technology sebanyak RM42.2 bilion di Kulim High Tech Park. 

Projek tersebut akan menjana 3 Gegawatt tenaga elektrik melalui panel solar bagi memenuhi keperluan masa hadapan. 

“Semua perkembangan itu menjadi saingan sengit kepada Pulau Pinang apabila pelabur secara perlahan beralih ke Kedah yang dianggap lebih kondusif dan kos efektif. 

“Ini semua dapat dilihat oleh rakyat dengan limpahan ekonomi dan duit bertukar tangan dari pelaburan mega. Sudah tentu ia juga menghasilkan lonjakan penyediaan peluang pekerjaan,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook