Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pesta ‘Mmukat’ tawar pelancongan pengalaman, APM juarai edisi sulung
utama

Pesta ‘Mmukat’ tawar pelancongan pengalaman, APM juarai edisi sulung


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

BACHOK, 17 Ogos – Pesta ‘Mmukat’ di Pantai Impian, Kemasin telah dikomersialkan sebagai produk pelancongan pengalaman (experiential tourism) yang menawarkan pelancong merasai sendiri cabaran serta keunikan aktiviti menangkap ikan secara tradisional.

Edisi sulung yang berlangsung semalam menyaksikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) muncul sebagai juara selepas mengungguli saingan sembilan pasukan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata, penganjuran Pesta ‘Mmukat’ oleh Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Bachok (MDB) berjaya menghidupkan kembali amalan komuniti pesisir dah membuka ruang kepada pengunjung merasai pengalaman autentik yang jarang ditemui di destinasi lain.

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Kamarudin Md Nor,
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan

“Jika setiap pelancong berbelanja RM200 sehari dan tinggal dua hari di negeri ini, kita berupaya meraih lebih RM4 bilion setahun. Ini potensi realistik, apatah lagi apabila produk warisan seperti ‘mmukat’ boleh dijadikan tarikan eksklusif kepada pelancong luar negara,” katanya ketika merasmikan acara pada Sabtu.

Menurutnya, sektor pelancongan terus menjadi antara penyumbang utama ekonomi negeri dengan mencatatkan 11.21 juta pelawat keseluruhan pada tahun lalu, melepasi sasaran 10 juta pelancong.

“Kelantan kaya dengan bahan mentah dan sumber mineral, namun sektor pelancongan lebih cepat menjana hasil jika dimanfaatkan dengan strategi yang tersusun.

"Kita mahu menghasilkan" niche product" yang boleh menambat selera pelancong atas dasar pengalaman dan nilai budaya,” jelasnya.




Tambah beliau, tumpuan bagi tahun ini dan tahun hadapan adalah untuk meningkatkan promosi pelancongan di peringkat antarabangsa, khususnya di Bachok yang telah diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan Islam.

Dalam sidang media terdahulu, beliau memaklumkan China merupakan antara pasaran utama ke Malaysia dengan lima penerbangan harian dari Guangzhou ke Kuala Lumpur, manakala Jepun dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi tinggi melalui program khas pelancongan warga emas.

“Ketika musim sejuk, rakyat Jepun lebih cenderung menghabiskan cuti di negara beriklim panas seperti Australia. Malaysia boleh menjadi alternatif yang lebih ekonomik.

"Tourism Malaysia perlu mengambil peluang ini terutama melalui pejabatnya di Tokyo,” sarannya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan atas usaha berterusan meningkatkan daya tarikan destinasi masing-masing.

Mengenai pesta ‘mmukat’, beliau berkata program berkenaan turut membawa mesej penghayatan terhadap pengorbanan para nelayan yang menyediakan sumber makanan kepada masyarakat.

“Bila kita turun padang dan rasa sendiri susah payah menarik pukat, barulah kita faham nilai sebenar hasil laut yang dibawa pulang ke pasar,” katanya.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad bersama beberapa Ahli Dewan Negeri diiringi Ketua Jajahan Bachok, Mohd Zaki Yusof serta Pengarah TIC Nik Fahmi Nik Daud.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook