Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Potensi Kelantan jadi perintis membudaya pendidikan awal
utama

Potensi Kelantan jadi perintis membudaya pendidikan awal


KOTA BHARU: Kelantan berupaya menjadi negeri perintis dalam usaha membudayakan pendidikan awal sebagai pelaburan jangka panjang yang memberi pulangan tinggi kepada masyarakat.

Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ahmad Hazman Ali berkata, Kelantan kaya dengan nilai kekeluargaan, kekuatan akar umbi masyarakat dan kepekaan terhadap pembangunan insan.

Katanya, berdasar kepada perkembangan itu potensi untuk memperkasa pendidikan awal kanak-kanak sangat besar. 

“Apa yang perlu usaha berterusan memperluas kefahaman, meningkatkan penglibatan pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan dan menjadikan pendidikan awal sebagai salah satu komponen penting dalam agenda pembangunan sosial. 

“Ini merupakan pelaburan paling penting yang akan menentukan siapa kita 20 atau 30 tahun akan datang di mana ia bermula di rumah, taska atau taman permainan. 

“Mereka adalah anak-anak kecil yang sedang melalui fasa emas yang kita panggil sebagai pendidikan awal kanak-kanak (PAKK),” katanya di sini.

Menurutnya fasa awal kehidupan khususnya usia 0 sehingga 6 tahun merupakan tempoh paling kritikal dalam pembentukan otak, sahsiah dan potensi anak. 

Kata beliau kajian membuktikan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal berkualiti lebih cemerlang akademik, stabil emosi, lebih empati, dan kurang terlibat dengan masalah sosial apabila dewasa. 

“Mereka membesar menjadi insan yang seimbang, bukan semata-mata cerdik akal tetapi juga baik hati dan luhur budi.


“Namun realitinya sekarang PAKK sering dianggap sebagai dunia wanita, namun kehadiran lelaki mampu menjadi nilai tambah yang besar dalam sektor pendidikan itu sendiri,” ujarnya. 

Beliau berkata, kehadiran pendidik lelaki di peringkat awal kanak-kanak memberi peluang kepada anak-anak untuk mengalami kepelbagaian gaya interaksi, cara berfikir dan pendekatan komunikasi. 

Malah katanya di sesetengah negara maju, penyertaan lelaki dalam sektor pendidikan awal dijadikan agenda nasional. 

“Di Malaysia, kita masih di fasa awal, apatah lagi di Kelantan. Tetapi itu bukan alasan untuk kita terus statik. Jika ada sokongan, galakan dan contoh baik, lebih ramai lelaki akan berani melibatkan diri. 

“Disinilah penting peranan ahli politik untuk turut mendukungnya sebagai sebahagian daripada naratif kemajuan negeri bagi membina masa depan masyarakat yang kukuh,” katanya.

Ahmad Hazman turut mencadangkan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat negeri diberi perhatian khusus dan diteliti semula dari segi dasar serta pelaksanaan. 

Menurutnya tumpuan khusus amat wajar memandangkan pemimpin-pemimpin politik mempunyai kelebihan dari segi akses dan hubungan rapat dengan masyarakat di akar umbi.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook