Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RUU URA 2025: Kelantan tolak sepenuhnya, bercanggah dengan perlembagaan dan autonomi negeri
utama

RUU URA 2025: Kelantan tolak sepenuhnya, bercanggah dengan perlembagaan dan autonomi negeri

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 27 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pendirian untuk menolak sepenuhnya Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 (URA 2025) atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta mengganggu kuasa autonomi negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, beberapa peruntukan dalam RUU tersebut dilihat melangkaui batas undang-undang sedia ada termasuk hak milik tanah yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

“Antara percanggahan ketara dalam RUU ini ialah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin bahawa hak milik tanah tidak boleh diganggu gugat kecuali mengikut lunas undang-undang. Hak ke atas geran tanah adalah satu jaminan utama kepada pemilik.

"Selain itu, RUU ini bercanggah dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menetapkan kuasa mutlak berhubung dengan tanah berada di bawah Pihak Berkuasa Negeri. Ia juga bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan urusan perancangan bandar sebagai bidang kuasa kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan Tempatan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Mabna, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang meneruskan bacaan kali kedua RUU tersebut di Parlimen walaupun Jawatankuasa Pilihan Parlimen Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menangguhkannya.

“Kita difahamkan jawatankuasa tersebut sudah menghantar surat rasmi kepada Menteri KPKT memohon supaya bacaan kali kedua RUU URA ditangguhkan. Tetapi kenapa ia tetap diteruskan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan jawatankuasa itu?” soal beliau.

Tegas beliau lagi, pendirian Kelantan selari dengan kenyataan bersama negeri-negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis serta pendirian Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang turut menolak RUU berkenaan.

“Segala bentuk pembaharuan undang-undang mestilah menghormati Perlembagaan Persekutuan, memelihara kuasa autonomi negeri dan melindungi hak pemilik tanah. Ini bukan soal politik, tetapi soal prinsip perundangan dan kedaulatan negeri,” ujarnya.

Untuk rekod, RUU URA 2025 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri KPKT pada 21 Ogos lalu.

Negeri-negeri SG4 turut menyuarakan kebimbangan bahawa pelaksanaan RUU tersebut akan menjejaskan kuasa perancangan negeri, hak milik tanah, komuniti bandar asal dan hak penduduk setempat.

Dalam pada itu, Dato' Dr. Mohamed Fadzli menjelaskan bahawa penolakan terhadap RUU URA tidak akan menjejaskan projek pembangunan sedia ada yang sedang dilaksanakan KPKT di negeri itu.

“Projek-projek yang sedang berjalan di Kelantan tetap diteruskan kerana ia telah dipersetujui secara bersama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kita harap projek ini dapat disiapkan segera, termasuklah projek Central Spine Road, manakala projek yang telah diluluskan dilaksanakan segera demi manfaat rakyat,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook