Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tawanchai muncul di Pantai Irama esok, 10,000 tiket kejohanan Muay Thai habis dijual
utama

Tawanchai muncul di Pantai Irama esok, 10,000 tiket kejohanan Muay Thai habis dijual


Tawanchai PK Seanchai


Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 7 Ogos – Populariti sukan lasak Muay Thai dalam kalangan anak muda Kelantan melonjak luar biasa apabila 10,000 tiket Kejohanan Muay Thai Amatur Kelantan 2025 habis dijual lebih awal, menjelang kehadiran juara dunia Tawanchai PK Seanchai, esok di Pantai Irama, Bachok.

Penganjur memaklumkan bahawa 10,000 tiket tambahan sedang dicetak bagi menampung kehadiran luar jangka penonton yang akan memenuhi dua malam kejohanan pada 8 dan 9 Ogos, yang kini dijangka "pecah panggung".

Presiden Persatuan Muay Thai Kuda Merah Rosli Yaacob berkata sambutan hangat itu membuktikan bahawa Muay Thai telah menjadi identiti dan semangat baharu anak muda negeri ini.

“Kuda Merah selaku penganjur kejohanan bawakan khas Tawanchai ke Kelantan untuk menyuntik semangat kepada anak-anak Muay tempatan. Mereka amat menantikan peluang ini. Sambutan 10,000 ribu tiket yang habis dijual menunjukkan bahawa sukan ini dirindui setelah beberapa tahun dihentikan. Penganjur sedang cetak 10,000 lagi tiket tambahan untuk peminat yang hadir terus ke lokasi esok dan lusa,” katanya dalam sidang media Kejohanan Muay Thai Amatur Terbuka Kelantan 2025 di Mabna, hari ini. 

Sehubungan itu, Rosli berharap agar kejohanan secara berkala dapat dianjurkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi mengasah bakat-bakat baharu. 
“Kalau dapat anjurkan dua kali sebulan, kita yakin Kelantan mampu kembali menjadi  ‘kilang peninju’ untuk Malaysia, kerana mempunyai ramai atlet berpotensi,” katanya.

Beliau juga merayu agar Kerajaan Negeri Kelantan menyemak semula syarat ketat yang diperkenalkan pada Mei tahun lalu, khususnya pada klausa peninju mestilah bebas daripada sebarang rekod jenayah.

“Ramai anak Muay Kelantan bakat besar Kita harap peluang mereka tidak dinafikan kerana Muay Thai mampu ubah hidup mereka kea rah positif dengan bersaing secara profesional. Kita juga minta kerajaan negeri longgarkan sikit syarat. Dengan pemantauan  pihak polis, kita yakin semua berjalan lancar,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan yang juga Ahli Dewan Negeri  (AND) Pasir Tumbuh YB Dato’ Abdul Rahman Yunus menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa menyokong pembangunan sukan Muay Thai melalui dasar rasmi yang menitikberatkan aspek keselamatan dan ketelusan penganjuran.

“Kita pernah hentikan sementara kejohanan selepas insiden kematian atlet di pentas acara. Kini, kita kembali dengan struktur yang lebih selamat, terkawal dan bebas dari pengaruh negatif seperti perjudian,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri tetap menyokong  sukan Muay Thai sebagai sebahagian daripada sukan popular anak muda Kelantan dan instrumen pembangunan belia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rali Empire Dato’ Seri Nazrin Omar pula menyifatkan Muay Thai sebagai sukan yang membina disiplin dan memacu impak sosial yang positif.




“Kami menaja kejohanan ini kerana ia membina komuniti belia yang berlawan secara sihat di pentas terbuka. Sambutan yang luar biasa ini membuktikan bahawa Muay Thai sudah menjadi fenomena. Saya percaya kerjasama Kuda Merah dan Rali Empire mampu bawa anak-anak Muay ke pentas antarabangsa,” katanya.

“Dengan sokongan kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri (MSN), kita yakin pemenang dalam kejohanan amatur ini boleh dilatih untuk mewakili negeri ke SUKMA 2028, sekali gus membuka jalan atlet tempatan ke pentas antarabangsa,” jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook