Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

URA agenda PH kurang radius Melayu di bandar
Nasionalutama

URA agenda PH kurang radius Melayu di bandar


IPOH: Pendirian banyak pihak termasuk penyokong kerajaan menolak Akta Pembaharuan Bandar (URA) kerana dibimbangi menjejaskan legitimasi dasar bandar negara.

Pemerhati politik Dr Zulkeflee Yaacob berkata, URA dilihat membawa penindasan terhadap golongan rentan dan merosakkan kepercayaan awam.

Ini kerana katanya struktur kuasa terarah kepada jawatankuasa pusat dan negeri tanpa mekanisme semak imbang berkesan yang memberi keuntungan kepada pemaju semata-mata. 

Malah URA akan mewujudkan sifat paksa-memaksa, merosak jaringan komuniti sosial dan menghimpit rakyat yang semakin terdesak dengan kos sara hidup. 

"Dasar URA yang dicadangkan dilihat rakus kerana mencabut hak pemilik, dan menyerahkan tanah rakyat kepada pemaju atas nama pembaharuan.

"Domain massa bagi orang Melayu melihat cadangan Akta Pembangunan Bandar mesti diteliti telus kerana pembangunan suatu kawasan sesuai dengan keperluan masyarakat dan negara," katanya di sini. 

Semalam Rang Undang-Undang URA dibentang bagi bacaan pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming biarpun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menghantar surat supaya RUU tersebut ditangguh. 

Berikutan bantahan awal pembangkang Kor Ming dilapor mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKP) Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab di Parlimen petang semalam. 

Dr Zulkeflee berkata, ramai bimbang kerajaan Madani mengambil naratif dan kesempatan memberi peluang kepada pemaju-pemaju tanpa kriteria untuk membangun kawasan Melayu menggunakan URA. 

Kata beliau dengan harga tinggi dan luar kemampuan penduduk lokal hanya imigran yang akan menguasai kawasan Melayu seperti di Kampung Kerinchi kini bertukar kepada Bangsar South.

Menurutnya kawasan itu status dahulu kebanyakannya setinggan dan tanah dimiliki oleh tauke dan pembesar. 

"URA menggunakan contoh Hong Kong dan HDB Singapura. Malah Kerajaan Madani di bawah Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara jelas memiliki konsultan HDB Singapura. 

"Dengan adanya URA pemaju-pemaju akan guna broker Melayu memujuk pemilik flat-flat atau tanah untuk setuju melepaskan hak mereka kepada syarikat pemaju dengan model bayar deposit 2 peratus daripada total nilai pampasan 1 atau 2 unit kediaman pangsapuri murah. 

"Kemudian baki 40-80 peratus apabila pemilik setuju melepaskan hak pemilikan mereka," ujarnya. 

Beliau juga berkata, pemaju akan mencagar tanah kepada bank dengan lunak menggambarkan pembangunan kononnya tidak meminggirkan Melayu sedangkan geran tetap hak milik mereka dapat mengambilnya pasca-99 tahun.

Katanya apa jua keputusan memperlihatkan agenda pemimpin PH bagi mengurangkan radius Melayu di kawasan bandar.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook