Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

10 resolusi perkukuh institusi pondok
utama

10 resolusi perkukuh institusi pondok


Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 29 September – Ijtimak Pondok Semalaysia 5.0 yang berlangsung di Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim Gelang Mas pada Sabtu merumuskan sepuluh resolusi penting bagi memperkukuh institusi pondok di seluruh negara.

Resolusi tersebut antara lain menegaskan bahawa pertama, semua pondok di Malaysia mesti berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah berteraskan Asyairah dan Maturidiah, di samping memperkukuhkan keaslian kitab turath sebagai sumber ilmu dan rujukan utama.

Antara ketetapan lain termasuk perkara ketiga iaitu penubuhan Majlis Gabungan Pondok-Pondok Semalaysia yang dianggotai NGO dan wakil negeri bagi memberi garis panduan serta pemantapan hala tuju institusi pondok.

Keempat, penganjuran latihan dan bengkel pengurusan pentadbiran melibatkan aspek kewangan dan pembangunan insaniah.


Kelima, mendigitalisasi urusan pondok melalui nota e-book, aplikasi Zoom, podcast, sistem kawalan kewangan dan pangkalan data.

Seterusnya, membina jaringan kerjasama strategik dengan agensi dalam dan luar negara termasuk NGO.

Selain itu, pelaksanaan Universiti Pondok secara berperingkat mengikut kesesuaian dan keperluan turut disenaraikan sebagai resolusi ketujuh.

Tidak terkecuali, peningkatan kebajikan guru dan pelajar merangkumi infrastruktur serta kemudahan asas.

Lebih 1000 warga pondok juga memutuskan kata sepakat untuk mendokong jemaah Islam yang memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan yang kesepuluh ialah meneguhkan dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan agar terus utuh.

Terdahulu, program bermula dengan tausiah oleh Pengerusi Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan Ustaz Wan Rosli Wan Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Pondok Turath Pahang Ustaz Batakatullah Mohd Bahari.

Anggota Exco Kerajaan Negeri YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, dalam pembentangan kertas kerja bertajuk “Pondok Kelantan: Kekuatan Para Ulama Benteng Pengukuhan Islam”, menegaskan bahawa institusi pondok pernah melalui zaman kegemilangan antara tahun 1909 hingga 1945.


"Tokoh utama yang menggerakkan pusat pengajian pondok ketika itu termasuk Tok Kenali, Tok Selehor, Tok Jelapang dan ramai lagi,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Tok Kenali sebagai ikon ulama pondok Kelantan yang berjasa besar dalam memperkasa ilmu Islam, termasuk menubuhkan majalah Pengasuh dan terlibat dalam penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Pada sesi petang, Prof Madya Dr. Umar Muhammad Nor dari Universiti Malaysia Sabah turut membentangkan kertas kerja kedua, memperkukuh lagi perbahasan ilmiah mengenai peranan pondok dalam mendepani cabaran semasa.

Acara perasmian pembukaan dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan pada sesi pagi.

Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud pada sebelah malam.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook