Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 1,000 ulama berkampung di Kelantan
utama

1,000 ulama berkampung di Kelantan

PASIR MAS: Guru-guru dan pelajar institusi pondok tradisional dari seluruh negara berhimpun di Pondok Gelang Mas sempena Ijtimak Pondok SeMalaysia 5.0 di sini hari ini. 

Dianggar kira-kira 1,000 hadir pada program sehari yang dijangka berakhir malam ini dengan ceramah perdana Hubbun Nabi bakal menampilkan Menteri Besar Dato Panglima Perang Ustan Mohd Nassuruddin Daud, Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob, dan ahli parlimen Kota Bharu,  Dato' Seri Takiyuddin Hassan. 

Program tahunan tersebut diadakan tahun ini sempena sambutan ulangtahun ke-35 dasar Membangun Bersama Islam. Tahun lepas ijtimak diadakan di Pondok Yayasan Islam Kelantan di Kandis Bachok. 

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Dato Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, anggota-anghota Exco Dato Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ustaz Mohd Asri Mat Daud,  Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali, Ustaz Zulqarnain Hassan dan Mudir Pondok Gelang Mas, Tuan Guru Awang Yusuf. 

Program bermula dengan tausiah oleh Pengerusi Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan Haji Wan Rosli Wan Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Pondok Turath Pahang Haji Batakatullah Mohd Bahari. 

Anggota Exco Kerajaan Negeri Dato Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sistem pondok berkembang pesat di Kelantan pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua. 

Katanya antara tahun 1909 sehingga 1945 dianggap zaman kegemilangan institusi pengajian pondok di Kelantan. 

"Tokoh utama yang menggerakkan pusat pemgajian pondok di Kelantan termasuk Tok Kenali, Tok Selehor, Tok Jelapang dan ramai lagi," katanya ketika membentang kerja bertajuk 'Pondok Kelantan: Kekuatan Para Ulama Benteng Pengukuhan Islam.

Kertas kerja kedua akan dibentang Prof Madya Dr Umar Muhammad Nor dari Universiti Malaysia Sabah pada petang ini. 

Tuan Mohd Saripudin juga berkata,  Tok Kenali merupkan ikon ulama pondok Kelantan.

Antara sumbangan beliau mengembang pondok yang bermula di rumahnya sehingga melahirkan ratusan murid, menggerakkan majalah Pengasuh dan terlibat dengan penubuhan Majlis Agsma Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook