Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ADN Belia Kelantan angkat suara Anak Muda ke Peringkat Negeri
utama

ADN Belia Kelantan angkat suara Anak Muda ke Peringkat Negeri


Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 8 September – Program Ahli Dewan Negeri (ADN) Belia Kelantan disifatkan sebagai platform rasmi yang mengangkat suara anak muda ke peringkat negeri serta menjadi jambatan penting antara belia dengan kerajaan.

Perkara tersebut diakui Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad ketika menyampaikan watikah pelantikan ADN Belia Kelantan sempena Bengkel Pemerkasaan ADN Belia di Min House Camp, Kubang Kerian, pada 30 Ogos lalu.

Beliau menegaskan bahawa ADN Belia merupakan medan melahirkan cadangan dasar, aspirasi generasi muda serta pemimpin pelapis yang berintegriti, berwawasan dan dekat dengan rakyat.

YB Zamakhshari Muhamad,
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan

“Insya Allah, pada Oktober nanti ADN Belia Kelantan akan bersidang buat kali pertama. Saya pesan, berbahaslah dengan berhemah, berpandukan fakta dan sentiasa inklusif,” katanya.

Tambahnya, Sidang DUN Belia pertama bagi penggal ini bakal memberi peluang ADN Belia memahami proses legislatif, berfikir secara kritis dan berperanan sebagai agen perubahan yang membina.

"Ini adalah ruang terbaik melatih anak muda menjadi penyambung kepimpinan negeri pada masa depan,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Program Bengkel Pemerkasaan ADN Belia Kelantan 2025 Nik Ahmad Nuri Nik Ismail menjelaskan, pelantikan ADN Belia berkuat kuasa setahun bermula Ogos 2025 hingga Ogos 2026.

Menurutnya, ADN Belia Kelantan mempunyai 58 kerusi keseluruhan, merangkumi 45 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN), empat wakil institusi pengajian tinggi awam (UMK, UiTM Cawangan Kelantan, KIAS dan IPG Kota Bharu), tiga wakil persatuan (Majlis Gabungan Belia Kelantan, Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan dan Pusat Integrasi Antara Kaum Negeri Kelantan), serta enam kerusi lantikan khas.

“Bengkel tiga hari bermula 28 hingga 30 Ogos lalu memberi pendedahan mengenai struktur pentadbiran kerajaan negeri, tatacara persidangan dewan, etika berbahas, kemahiran berhujah serta simulasi penuh sidang ADN Belia Kelantan,” jelasnya ketika dihubungi, hari ini.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook