Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Aeon Mall Lembah Sireh catat rekod jualan tertinggi
utama

Aeon Mall Lembah Sireh catat rekod jualan tertinggi

SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Bandar Kota Bharu menjadi tumpuan pengusaha-pengusaha pasar raya besar memandangkan sambutan rakyat Kelantan dalam urusniaga begitu menggalakkan. 

Antaranya Aeon Mall di Lembah Sireh antara pasar raya yang merekodkan jualan tertinggi berbanding di tempat lain kerana mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat tempatan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa  Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Saizol Ismail berkata, Kelantan menjadi tumpuan syarikat berjenama dengan membuka outlet baharu berikutan jualan mencatat prestasi tinggi.

"Pembukaan outlet baharu bukan sebagai persaingan kepada premis lain, sebaliknya menjadi pilihan tambahan dan alternatif untuk rakyat,"  katanya ketika merasmikan outlet tilam berjenama Goodnite di Bandar Baharu Tunjong dekat sini semalam.

Saizol berkata, rakyat Kelantan sebelum ini ada yang sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan produk berjenama tertentu. 

Oleh itu kata beliau dengan adanya outlet di sini mereka tidak perlu lagi pergi ke tempat lain sehingga ke  negeri lain. 

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Urusan Kumpulan Goodnite, Teo Yek Ming.

Beliau turut yakin pembukaan outlet baharu itu akan memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan sekali gus mengurangkan penghijrahan ke luar negeri.

“Apabila majikan memberi kepercayaan, pekerja mestilah menjaga amanah itu dengan sebaik-baiknya. Syarikat kini bukan sekadar mencari pekerja yang mahir, tetapi yang berdisiplin, jujur dan amanah,” ujarnya.

Menurutnya juga produk syarikat itu bukan sekadar memenuhi permintaan pasaran, bahkan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan hidup rakyat.

“Kelantan pernah dinobatkan sebagai negeri paling bahagia di Malaysia, dan salah satu faktornya ialah suasana rumah yang selesa. Produk seperti tilam contohnya, secara tidak langsung menyumbang kepada kebahagiaan keluarga,” jelasnya.

Sementara itu Teo Yek Ming  berharap rakyat Kelantan datang meninjau ke kedainya untuk mendapatkan tilam dan lain-lain kelengkapan pada harga yang berpatutan.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook