Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa puji kejujuran dan kecekapan petugas KLIA Express
utama

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa puji kejujuran dan kecekapan petugas KLIA Express


Oleh: Syamimi Manah

KUALA LUMPUR, 25 September – Petugas KLIA Express mendapat pujian atas kecekapan dan kejujuran mereka selepas berjaya memulangkan semula beg berisi dokumen penting yang tertinggal oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary, ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Datuk Dr. Ahmad Marzuk, beliau hanya menyedari kehilangan beg kecil berisi pasport, kad pengenalan, kad bank dan sejumlah wang ketika tiba di kaunter daftar masuk.

“Apabila sampai di kaunter daftar masuk, barulah saya tersedar beg tiada di sisi. Saat itu memang panik,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.

Namun, kegusaran tersebut segera reda apabila petugas KLIA Express bertindak pantas mengesan serta memulangkan beg berkenaan dalam keadaan lengkap.

“Alhamdulillah, semua isi masih ada. Saya merasa lega dan bersyukur kerana masih ada insan-insan yang jujur dan amanah,” ujarnya.

Ahli Parlimen itu turut menegaskan bahawa budaya integriti dan amanah wajar dijadikan teladan, selain memuji keberkesanan sistem pemantauan CCTV di KLIA yang membantu mengesan beg tersebut dalam tempoh beberapa minit.

Beliau turut mencadangkan agar sistem keselamatan pintar seperti itu diperluaskan, termasuk di sekolah berasrama, demi menjamin keselamatan pelajar.

“Jika sistem sebegini diterapkan di sekolah berasrama, tentu keselamatan anak-anak lebih terjamin,” katanya, sambil mengaitkan peringatan itu dengan insiden melibatkan Zara Qairina yang mendapat perhatian umum baru-baru ini.

Datuk Dr. Ahmad Marzuk turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan KLIA Express atas kecekapan dan amanah mereka, serta berharap nilai positif ini terus disuburkan.

“Budaya inilah yang perlu kita sebarkan demi kebaikan semua,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook