Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bunga Mas Kelantan julung kali dipamerkan kepada umum di Festival Warisan
utama

Bunga Mas Kelantan julung kali dipamerkan kepada umum di Festival Warisan


Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 3 September – Sejarah dan warisan negeri Kelantan melakar detik bersejarah apabila Bunga Mas Kelantan buat julung kalinya dipamerkan kepada orang ramai sempena Festival Tekstil dan Warisan Melayu Kelantan yang berlangsung di Istana Balai Besar, di sini, mulai 1 hingga 14 September.

Festival anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Lembaga Muzium Negeri Kedah, Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dan Malaysia Craft Council (MCC) itu memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan sendiri keindahan artifak bersejarah yang menjadi lambang hubungan diplomasi dan kedaulatan negeri dalam sejarah Alam Melayu.

Menurut Pegawai Protokol Pejabat Sultan Kelantan Dr. Mohamed Safaruddin Ismail, festival berkenaan bukan sahaja mengetengahkan Bunga Mas bahkan turut memperkenalkan keindahan tekstil Melayu serta pelbagai khazanah warisan Kelantan.


“Festival ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara tentang kehalusan seni tekstil Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara.

"Program ini juga membuka ruang generasi muda untuk mengenali warisan negeri seperti keris, barangan tembaga, pertukangan emas dan seni pembuatan tradisi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Selain pameran yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, festival tersebut turut menampilkan demonstrasi langsung termasuk proses membuat kain telepuk, setangan getam budu, menenun songket, menghasilkan kain kelingkan, jebak puyuh, serta ukiran emas dan perak untuk barangan perhiasan.


Penganjur menjangkakan sambutan lebih memberangsangkan berbanding Festival Keris tahun lalu yang mencatat lebih 35,000 pengunjung dalam tempoh 17 hari.

“Berdasarkan maklum balas dua hari pertama, lebih 600 pengunjung telah hadir, menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Kami yakin kehadiran akan terus meningkat, khususnya kerana tarikan utama tahun ini ialah Bunga Mas yang dipamerkan buat kali pertama,” jelasnya.

Beliau berharap festival berkenaan dapat memupuk penghargaan mendalam terhadap warisan seni dan budaya Melayu, selain meneguhkan identiti masyarakat dengan nilai sejarah yang tiada tandingan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook