Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Dewan Ulamak utama persediaan hadapi PRU-16

Dewan Ulamak utama persediaan hadapi PRU-16


KOTA BHARU: Dewan Ulama PAS Pusat mengekalkan kepimpinan lama pada pemilihan bagi sesi 2025-2027 sempena muktamar di Alor Setar tidak lama lagi. 

Kemenangan tanpa bertanding  menunjukkan pimpinan Dewan Ulamak  PAS Pusat lebih mengutamakan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tidak lama lagi. 

Ketua Penerangannya Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, semua calon yang dicalonkan untuk pemilihan AJK bagi sesi kali ini terpilih secara automatik apabila jumlah nama yang dikemukakan mencukupi dan tidak melebihi jumlah jawatankuasa yang ditetapkan.

“Maknanya kesemua mereka menang tanpa bertanding. Mereka secara automatik terpilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam parti sebagaimana yang diamanahkan,” katanya kepada media semalam. 

Menurut beliau, bagi tahun 2025  justifikasinya persediaan menghadapi PRU-16 di mana ramai penganalisis mejangka akan berlangsung pada 2026

Tambah beliau, ketiadaan pertandingan juga mampu mengekalkan suasana harmoni, mengurangkan jurang pertembungan dalaman serta memberi tumpuan kepada tugasan lebih besar.

“Kebiasaannya bila ada pertandingan, sedikit sebanyak pasti berlaku kekhilafan. Dengan tidak berlakunya pertembungan kali ini, tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada gerak kerja persediaan PRU,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook