Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 GRS sukar pertahan kerajaan Sabah

GRS sukar pertahan kerajaan Sabah

MUNGKINKAH Dewan Undangan Negeri (Dun)  Sabah terbubar secara automatik pada 11 November hadapan. Dalilnya tiada petunjuk jelas sehingga sekarang Ketua Menteri Hajiji Noor mahu isytihar tarikh pilihan raya negeri (PRN) ke-17. 

Hajiji ternyata tersempit. Pada PRN ke-16 beliau dipilih rakyat kerana bertanding mewakili Bersatu. Ketika itu Bersatu menang 11 kerusi Dun,  dan berjaya membentuk kerajaan kerana bergabung dengan parti lain. 

Umno Sabah pun bersama dalam kerajaan di mana pengerusinya Bung Moktar Radin dilantik Timbalan Ketua Menteri.  

Pilihan raya negeri Sabah sebelum ini diadakan pada 26 September 2020 bagi memilih 73 Adun baharu. Hajiji dan calon lain mewakili Bersatu dibenarkan bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).  

Malangnya selepas mendapat kuasa politik akhirnya pada 10 Disember 2022 Hajiji yang juga Pengerusi Pimpinan Bersatu Sabah bersama Adun Bersatu umum keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta merta.

Menurutnya keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik negara setelah Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-15. 

Mungkinkah kerana 'dosa' mengkhianati parti menyebabkan Hajiji tidak yakin untuk mengumumkan PRN sehingga sekarang. Sedangkan usia kerajaan Sabah penggal ke-16 sudah hampir tamat. 

Taktik itu mengulangi teori yang pernah dipraktik Najib Razak membubarkan parlimen bagi menghadapi PRU-14 sehingga rapat tarikh akhir. Ternyata telahan Najib mengena apabila BN ditolak rakyat dan hilang kerajaan pada 2018.

Kemungkinan situasi serupa juga menimpa Hajiji sekarang. Itu belum lagi diambil kira kes rasuah membabitkan beberapa Adun Sabah. 

Pada November lalu pemberi maklumat dilapor menyerahkan beberapa rakaman video berkaitan lesen perlombongan yang melibatkan beberapa Adun Sabah kepada sebuah portal berita.

Mengambil kira perkembangan yang berlaku di Sabah peluang pembangkang mendapat simpati rakyat begitu tinggi. Keadaan itu dapat dilihat sambutan hangat rakyat terhadap siri jelajah PN ke Sabah baru-baru ini. 

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar perkembangan sekarang kemungkinan PAS boleh menambah jumlah kerusi yang akan ditandingi melalui Perikatan Nasional (PN) pada PRN ke-17 tidak lama lagi.

“Kita boleh tambah lagi jumlah kerusi PN di Sabah dengan mengambil kira pergolakan yang berlaku membabitkan GRS dan Barisan Nasional (BN),” katanya program bual bicara sisi pandang disiarkan Youtube TV IPTG Rabu lepas.

>>Ikuti pendedahan lanjut di page fb Arus Lebir

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook