Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Halaman rumah boleh jadi sumber rezeki
utama

Halaman rumah boleh jadi sumber rezeki

SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berusaha membudayakan aktiviti pertanian di halaman rumah sebagai sebahagian gaya hidup sihat rakyat Kelantan melalui program Dapur Hijau.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Agromakanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, inisiatif itu turut menyokong usaha kerajaan ke arah jaminan makanan yang mampan.

“Inisiatif ini bukan sekadar menggalakkan aktiviti bercucuk tanam, malah membina kesedaran setiap rumah mampu menjadi sumber rezeki.

“Dapur Hijau sebagai dorongan untuk memulakan kebun mini keluarga,” katanya ketika merasmikan program berkenaan peringkat Parlimen Pengkalan Chepa 2025 di Kompleks Purnama semalam.

Pada program itu seramai 90 peserta dari Dun Chempaka, Panchor dan Kijang menerima kit pemula pertanian

Tuan Mohd Saripudin berkata, pendekatan itu seiring dengan usaha kerajaan memperkukuh jaminan makanan rakyat.

Kata beliau apabila kita menanam di halaman rumah hasil pertanian lebih segar, menjimatkan dan memberi nilai ibadah kerana ia rezeki halal untuk keluarga.

Sementara itu, Adun Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, Dapur Hijau bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara hidup, malah membuka ruang kepada masyarakat menghidupkan kembali budaya bercucuk tanam.

Menurutnya setiap halaman rumah boleh bertukar menjadi sumber rezeki dengan tanaman segar hasil tangan sendiri.

“Apabila kita menanam untuk keluarga, ia bukan sekadar usaha bercucuk tanam, tetapi menjadi ibadah kerana menyediakan rezeki halal daripada titik peluh sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata, program tersebut memberi inspirasi kepada rakyat supaya tidak terlalu bergantung kepada pasaran, sebaliknya membina daya tahan melalui tanaman sendiri.

Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. Hadir sama wakil Jabatan Pertanian.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook