Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Ilmu, Hikmah dan Pengalaman Kunci Kepimpinan Belia – MB Kelantan

Ilmu, Hikmah dan Pengalaman Kunci Kepimpinan Belia – MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 28 September – “Generasi muda merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan dan perlu dipersiapkan dengan ilmu yang mantap serta keperibadian yang unggul bagi melahirkan negarawan Al-Qawiyul Amin, iaitu pemimpin yang teguh dan amanah.”

Demikian pesanan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud ketika merasmikan Kelantan Future Leaders Convention 2025 di Kota Bharu, semalam.

Beliau menekankan bahawa kepimpinan bukan sahaja menuntut kebijaksanaan berfikir, malah memerlukan kombinasi ilmu, hikmah dan pengalaman. 

“Arwah Tok Guru pernah berpesan kepada semua wakil rakyat bahawa jika kita memiliki ilmu secupak, hikmah pula mestilah segantang. Bukan semua orang yang berilmu itu ada hikmah.

“Ilmu, hikmah dan pengalaman tidak boleh dipisahkan. Hikmah adalah tentang bijaksana, manakala pengalaman adalah sesuatu yang memerlukan masa,“ jelas beliau.

Menyentuh tentang persiapan awal kepimpinan, Menteri Besar Kelantan berkata, 

“Untuk menjadi seorang pemimpin, belia perlu melibatkan diri dalam persatuan atau organisasi sejak di peringkat universiti bagi membina pengalaman kepimpinan, kemahiran bekerjasama dan kemampuan untuk memimpin organisasi”.

Beliau turut menyeru agar sejarah pemerintahan dan pentadbiran para nabi yang diberi kekuasaan, termasuk kisah Ashabul Kahfi, dijadikan inspirasi dan motivasi kepada generasi muda pelapis kepimpinan hari ini.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Muhamad berkata, anak muda perlu berani untuk memimpin dan menggalas tanggungjawab.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Muhamad

“Jangan pernah takut mencabar diri kerana keberanian untuk memimpin, memikul tanggungjawab dan membawa perubahan adalah kunci kepada kepimpinan yang dirahmati.

“Kepimpinan pula bukan sekadar jawatan, tetapi amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. 

Belia Kelantan harus tampil sebagai peneraju perubahan, bukan sekadar pengikut,” ujarnya.

Majlis perasmian tersebut turut melancarkan Kelantan Future Leaders Institute (KFLI) yang merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam melahirkan pelapis kepimpinan yang mempunyai kriteria Al-Qawiy dan Al-Amin.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook