Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan negeri kedua tubuh Dewan Mahkamah Teknologi Mahkamah Syariah selepas Sarawak
utama

Kelantan negeri kedua tubuh Dewan Mahkamah Teknologi Mahkamah Syariah selepas Sarawak


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 9 September – Kelantan mencatat sejarah apabila menjadi negeri kedua di Malaysia selepas Sarawak yang menubuhkan Dewan Mahkamah Teknologi bagi Mahkamah Syariah.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud berkata kemudahan tersebut hanya digunakan untuk membicarakan kes-kes mal (harta) sahaja, dan tidak melibatkan kes jenayah.

“Dengan adanya Dewan Bicara Mahkamah Teknologi ini, kos pengangkutan serta penginapan kerana perbicaraan dilakukan di tempat masing-masing dapat dikurangkan. Sistem ini hanya memerlukan penyediaan capaian internet yang baik bagi melancarkan proses perbicaraan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Isnin.

YB Mohd Asri Mat Daud,
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan

YB Mohd Asri juga menjelaskan bahawa penggunaan teknologi dalam sistem perbicaraan berkenaan dapat membantu mengurangkan kes-kes tertangguh yang sering menjadi isu dalam sistem perundangan syariah.

Terdahulu, beliau merasmikan Dewan Mahkamah Teknologi Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Kompleks Mahkamah Syariah, Bandar Baru Tunjung, di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Nik Bahrum Nik Abdullah, Ketua Hakim Syarie Dato’ Ibrahim Deris, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan YB Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato' Mohamad Shukri Mohamad, wakil Dato’ Pengelola Istana D’Raja Kelantan, wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), dan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan Mohd Hafiz Daud.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook