Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan Sasar Industri Tanaman Anggur Perkasa Agro Pelancongan
utama

Kelantan Sasar Industri Tanaman Anggur Perkasa Agro Pelancongan


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 18 September – Kerajaan Negeri Kelantan menyasarkan industri tanaman anggur sebagai pertanian moden yang berpotensi besar untuk dikembangkan dalam bentuk agro pelancongan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, usaha tersebut mampu membuka peluang ekonomi baharu serta memberi inspirasi kepada petani muda untuk menceburi bidang pertanian bernilai tinggi.

" Kita melihat tanaman anggur mempunyai potensi besar bukan sahaja untuk pasaran segar, malah boleh dijadikan tarikan agro pelancongan.

Lawatan ini diharap menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama antarabangsa yang mampu dimanfaatkan oleh petani muda Kelantan,” katanya menerusi laman sosial rasmi milik beliau, hari ini.


Beliau yang mengetuai delegasi lawatan kerja ke Ladang Anggur Organik Deok-Hyeon, Korea Selatan baru-baru ini turut disertai ikon petani muda anggur Kelantan iaitu Taufik dari Po-Land GRAPE, Machang dan Wan Yusoff Abdul Rahman dari Kelantan Grape Vine Yard, Tumpat.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah wakil Jabatan Pertanian Kelantan, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Darulnaim Agro Management Industries Sendirian Berhad dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.

Ketibaan delegasi mereka telah disambut oleh Datuk Bandar dan pihak pengurusan Ladang Anggur Organik Deok-Hyeon.

Ladang tersebut telah beroperasi lebih 30 tahun dan terkenal dengan penghasilan anggur organik berkualiti tinggi. Pokok anggurnya mampu mengeluarkan lebih 4,500 tangkai setiap musim, selain menerima pensijilan mesra alam dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.


Dato’ Tuan Saripudin berkata, kerajaan negeri komited memberi sokongan kepada petani muda melalui pendedahan teknologi, perkongsian kepakaran dan jaringan kerjasama antarabangsa.

“Kita mahu industri tanaman anggur ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian bernilai tinggi serta memperkukuh agenda agro pelancongan negeri Kelantan,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook