Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan–MPOGCF jalin kerjasama strategik pulihara hutan dan biodiversiti
utama

Kelantan–MPOGCF jalin kerjasama strategik pulihara hutan dan biodiversiti


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: FB Kerajaan Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 25 September– Usaha pemuliharaan hutan dan biodiversiti di Kelantan mendapat suntikan baharu apabila Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melaksanakan projek pemulihan ekosistem secara bersepadu.

MoA itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean al-Haj Tengku Feissal mewakili kerajaan negeri, manakala Pengurus Besar MPOGCF Hairulazim Mahmud menandatangani bagi pihak yayasan. Majlis yang berlangsung pada Selasa itu turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF YBhg Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof serta Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Mohd Rahim Ramli.

Melalui perjanjian tersebut kedua-dua pihak komited melaksanakan projek pengurusan hutan, khususnya bagi memulihkan kawasan hutan yang terpisah akibat aktiviti pembalakan, pembinaan jalan raya dan perladangan.


“Inisiatif ini memberi tumpuan kepada perlindungan spesies terancam seperti Harimau Malaya, gajah, tapir dan beruang matahari dengan menghubungkan semula kawasan hutan agar hidupan liar dapat bergerak bebas,” menurut kenyataan MPOGCF.

Bagi tujuan itu, MPOGCF memperuntukkan RM562,000 untuk melaksanakan projek konservasi di Hutan Simpan Chabang Tongkat, Machang melibatkan kawasan seluas 10.5 hektar.

"Projek ini merangkumi penanaman pokok, penjagaan dan rawatan tanaman, dengan objektif meningkatkan populasi spesies liar serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya melibatkan haiwan," katanya.


Dato’ Yusran Shah yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi menegaskan bahawa pemecahan hutan membawa kesan serius terhadap ekosistem.

“Penghutanan semula menggunakan spesies asli dapat memperbaiki ekosistem, meningkatkan kualiti tanah dan mengurangkan hakisan. Usaha ini juga menyokong Pelan Induk Central Forest Spine (CFS) Malaysia serta mencerminkan komitmen negara terhadap biodiversiti,” katanya.

Sementara itu, YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean menekankan bahawa kerjasama strategik ini memperlihatkan keazaman Kelantan untuk mencapai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.


“Penandatanganan MoA ini adalah bukti kesungguhan kerajaan negeri bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam memastikan kelangsungan biodiversiti demi kesejahteraan generasi akan datang,” jelasnya.

Kedua-dua pihak berharap kerjasama berkenaan menjadi model pemuliharaan mampan yang boleh diperluas ke kawasan lain, sekali gus menjadikan Kelantan sebagai peneraju dalam agenda kelestarian hutan dan biodiversiti negara.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook