Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KIAS bakal tawar Program PhD Dirasah Islamiah
utama

KIAS bakal tawar Program PhD Dirasah Islamiah


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA BHARU, 20 September – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kini berada pada fasa akhir persediaan untuk menawarkan program Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Dirasah Islamiah (Pengajian Islam), sekali gus mengorak langkah penting ke arah menjadi institusi pengajian tinggi Islam yang terkemuka di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, penawaran program PhD tersebut bakal memperkukuh peranan KIAS dalam melahirkan lebih ramai sarjana dan pakar rujuk dalam bidang pengajian Islam.

“Program ini bukan sahaja memperkasa kedudukan KIAS sebagai institusi pengajian tinggi, malah mampu menyumbang secara langsung kepada pembangunan ilmu dan masyarakat, melalui penglibatan aktif dalam program khidmat komuniti, dakwah serta kerjasama akademik yang meluas,” katanya. ketika berucap pada Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-25 yang berlangsung di Dewan Johor, KIAS Nilam Puri, di sini, hari ini.

Seramai 128 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam sidang pagi tersebut.




Dalam ucapannya, Menteri Besar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga KIAS atas usaha berterusan memperkukuh infrastruktur dan keselamatan kampus.

“Sejak tahun 2024 hingga 2025, pelbagai projek pembangunan dan penyelenggaraan telah dilaksanakan samada berskala kecil mahupun besar bagi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar dan kakitangan,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri komited memberi sokongan penuh terhadap pembangunan KIAS termasuk dari aspek kebajikan pelajar, kerana pendidikan dianggap sebagai pelaburan jangka panjang untuk masa depan negeri dan negara.

“Kerajaan negeri menaruh harapan agar usaha menaik taraf kemudahan ini dapat diteruskan secara berterusan agar KIAS mampu berdiri setanding dengan institusi pengajian tinggi lain serta mencapai matlamat untuk menjadi universiti penuh yang berwibawa,” katanya.

Mohd A'iman Fitry Mat Nasir

Sementara itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Pengurusan Mohd A’iman Fitry Mat Nasir, 25, dari Tok Uban, Pasir Mas meluahkan rasa syukur atas pengalaman pengajiannya di KIAS.

“Sepanjang belajar di sini, semuanya baik, pensyarahnya berdedikasi, suasana kondusif, dan saya rasa selesa sepanjang tempoh pengajian. Saya bermula dari diploma pada 2019 hingga 2022 dan terus sambung ke peringkat ijazah di KIAS,” katanya.

Mohd A’iman turut berkongsi perancangannya untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Moral di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Rakan sepengajiannya, Husna Nazira Muhd Nazri, 24, dari Kampung Kalai, Jeli juga senada dan berkata keputusan menyambung pengajian di KIAS adalah berasaskan keselesaan serta dorongan rakan-rakan.

Husna Nazira Muhd Nazri

“Program pengajian di sini relevan dengan peluang pasaran kerja. Selain itu, pensyarah juga sangat berkaliber dan kaedah penyampaian mudah difahami, menyebabkan saya yakin untuk terus menyambung pengajian di sini,” katanya.

Untuk rekod sehingga kini, sebanyak 17 program pengajian yang ditawarkan KIAS telah menerima akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Antara bidang yang ditawarkan ialah Pengajian Islam, Bahasa Arab, Tahfiz al-Quran, Usuluddin, Syariah, Kewangan Islam, Pengurusan Halal, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kaunseling dan Pengurusan Perniagaan.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri YB Dato' Rosnazli Amin, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat dan Rektor KIAS Profesor Dr. Mazlan Ibrahim.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook