Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kijang Muda Zon Pasir Mas 2 mengaum, julang kejuaraan Karnival Bola Sepak KMFC ABZI U8
utama

Kijang Muda Zon Pasir Mas 2 mengaum, julang kejuaraan Karnival Bola Sepak KMFC ABZI U8


Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 10 September – Baru setahun kategori Bawah 8 tahun (U8) diperkenalkankan, Akedemi Kijang Muda Zon Pasir Mas 2 terus menyerlahkan taringnya apabila muncul johan dalam Karnival Bola Sepak U8 KMFC ABZI di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Muhyidin, Tumpat pada 30 Ogos lalu.

Kejuaraan tersebut sekali gus melengkapkan rekod gemilang dengan tiga podium berturut-turut musim ini.

Skuad cilik yang dibimbing Ketua Jurulatih Ainun Aswadi Mohd Ainun bersama penolong jurulatih Hasran Hisyam Abdul Hamid dan Mohd Azlim Che Kasim mempamerkan disiplin taktikal mantap meskipun masih berusia rebung.

Menurut Ainun Aswadi, Akademi KMFC ABZI Pasir Mas 2 yang ditubuhkan pada Februari 2023 adalah akademi bola sepak di bawah kepimpinan Zahasmi Ismail.


“KMFC ABZI Zon Pasir Mas mempunyai 4 zon latihan. Kelab ini terdiri daripada tujuh pemain muda sebagai tonggak utama kejayaan tersebut.

"Mereka ialah Muhammad Aydeen Iskandar Azman, penyerang prolifik yang dua kali dinobatkan Pemain Terbaik (3 Mei dan 30 Ogos) berganding dengan Muhammad Razin Rasydi, juga pemenang gelaran Pemain Terbaik pada 31 Mei.

“Benteng pertahanan diperkukuh oleh trio kental Wan Emir Emran (pertahanan kiri), Muhammad Afeeff Adwa’ (pertahanan tengah), dan Mohamad Akif Irsyad (pertahanan kanan).

“Manakala kawalan padang tengah digerakkan oleh Abdullah Khairi Ismail. Di gawang, Ahmad Faheem Ridzuan Rozaidi menjadi tembok kebal yang menyelamatkan pasukan pada saat genting,” jelasnya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya lagi, sejak penubuhan Akademi Kijang Muda Zon Pasir Mas 2 pada 11 April 2024, para pelatih yang menyertai akademi itu bermula seawal usia 6 tahun hingga 16 tahun.

"Latihan yang dijalankan secara konsisten di padang Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 (SIS) pada setiap pagi Jumaat dan Sabtu dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK).

“Skuad ini terus melakar sejarah sejak 3 Mei 2025 dengan merangkul naib johan. Kejayaan yang sama berulang pada 31 Mei 2025.

"Seterusnya, mempertingkatkan rekod terkini kepada gelaran johan Karnival Bola Sepak KMFC ABZI U8 pada 30 Ogos lepas,” katanya.

Beliau optimis, kejayaan tersebut membuktikan bahawa pelatih Kijang Muda sudah bersedia mengaum lebih jauh, bukan sekadar di peringkat daerah dan negeri tetapi juga ke pentas lebih mencabar.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook