Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kota Bharu dicalonkan sebagai “World Craft City”, MCC martabatkan kraf Kelantan ke peringkat dunia
utama

Kota Bharu dicalonkan sebagai “World Craft City”, MCC martabatkan kraf Kelantan ke peringkat dunia


Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 10 September – Kota Bharu kini melangkah setapak lagi dalam usaha memartabatkan kraf tradisional apabila secara rasmi dicalonkan sebagai “World Craft City” di bawah World Crafts Council (WCC).

Majlis menandatangani plak pencalonan itu berlangsung di sebuah hotel di sini dengan keberangkatan tiba DYMM Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah pada 7 September lalu.

Baginda diiringi Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor bersama Naib Presiden WCC (Rantau Asia Pasifik) dari India Sundeep Kumar.


Sehubungan itu, Datuk Kamarudin merakamkan penghargaan kepada Malaysian Craft Council (MCC) atas inisiatif menganjurkan majlis tersebut yang disifatkan sebagai langkah penting sebelum penilaian rasmi dibuat oleh pihak WCC.

“Walaupun pencalonan ini belum menjamin pengiktirafan muktamad, ia sudah cukup membuktikan bahawa warisan seni kraf negeri Kelantan diiktiraf dan diberi perhatian di peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, majlis tersebut menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dari sektor kerajaan dan swasta, menandakan permulaan usaha bersama bagi memelihara dan mengembangkan seni kraf Malaysia ke tahap lebih tinggi di pentas dunia.


Sementara itu, Presiden MCC Nik Faiz Nik Amin memaklumkan bahawa pencalonan berkenaan diharap dapat mengangkat martabat penggiat seni kraf tempatan ke persada dunia.

“Kita juga berharap pencalonan ini dapat menjana peluang ekonomi, khususnya kepada komuniti wanita dan penggiat seni tekstil tradisional. Sekali gus memperkukuh usaha menjadikan Kelantan destinasi pelancongan beridentitikan warisan dan budaya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Majlis berprestij itu turut menampilkan demonstrasi eksklusif oleh dua tokoh Adiguru Nik Marhamah Nik Megat (Sulaman Kelingkan) dan Che Rohani Che Mood (Tenunan Songket) yang mempersembahkan proses penghasilan tekstil tradisional kepada para tetamu.


Kata Nik Faiz lagi, MCC ialah organisasi bukan kerajaan yang menjadi agen advokasi pembangunan industri kraf negara, merangkumi batik, songket, tenun, perak, seramik dan sulaman.

“MCC juga bertindak sebagai jambatan antara penggiat seni kraf dengan industri seni persembahan, melalui sinergi dan jaringan strategik di peringkat antarabangsa,” ujarnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook