Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Merdeka Drift 2025 meriahkan Jeram Mengaji Agro Resort
utama

Merdeka Drift 2025 meriahkan Jeram Mengaji Agro Resort

 


Jeram Mengaji, 31 Ogos – Sukan automotif drift yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu berlangsung meriah di perkarangan tapak letak kereta Jeram Mengaji Agro Resort, Selising, Pasir Puteh.  Program yang dianjurkan oleh Evolution Wheel Motorsports Club dan Ganu Drift ini mendapat sambutan hangat daripada 'drifter' tempatan. 

Biarpun berlangsung dalam keadaan hujan lebat, program ini berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan pelbagai jenis kenderaan.

Program yang menghimpunkan bakat-bakat muda ini bukan sahaja menguji kemahiran dan keberanian pemandu, malah menjadi wadah positif untuk anak muda menyalurkan minat mereka ke arah yang lebih sihat.


Menurut YB Dato' Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ahli Dewan Negeri Selising penganjuran aktiviti sebegini membuka ruang kepada belia untuk menyerlahkan potensi dalam bidang automotif yang semakin berkembang.

“Saya yakin, dengan sokongan berterusan, bakat-bakat muda dalam arena automotif mampu mengangkat nama negeri dan negara ke persada yang lebih tinggi,” katanya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook