Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MUNIF 2025: SG4 Model Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ke Palestin
utama

MUNIF 2025: SG4 Model Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ke Palestin


Oleh: Syamimi Manah

JITRA, 17 September – Kerjasama State Government 4 (SG4) antara Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dijadikan model bagi penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui penganjuran Muslim Ummah International Forum (MUNIF) 2025 di Kedah, pada Ahad lalu.

Penganjuran MUNIF 2025 menggambarkan komitmen SG4 dalam mengukuhkan solidariti ummah serta memastikan isu Palestin ditangani melalui kerjasama bersepadu dan tersusun.

Inisiatif ini dilihat mampu memperkukuh usaha negara-negara Islam dalam menyelaras strategi bantuan, selain membuktikan kesungguhan ummah untuk tampil dengan mekanisme bersepadu menghadapi krisis kemanusiaan di Gaza.

Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan agresif Zionis yang semakin melampau dengan serangan kejam sehingga rakyat Palestin kebuluran dan bantuan makanan turut dibom itu membuktikan kekejaman di luar perikemanusiaan yang menuntut usaha penyatuan dunia Islam.

Menurut beliau, sempadan yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948 juga semakin terhakis sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan Palestin.

“Tindakan ini melampau dan dunia kini menyaksikan kehancuran yang serius. Oleh itu, kita akan bincang dalam sidang meja bulat untuk merangka jawatankuasa penyelarasan bantuan,” ujarnya pada sidang media MUNIF 2025.

Beliau berkata, walaupun banyak negara termasuk Malaysia dan Indonesia telah menghantar bantuan, koordinasi bersama amat diperlukan.


Sementara itu, Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah YB Profesor Dr Haim Hilman Abdulllah menegaskan, SG4 mampu menjadi model dalam konteks kerjasama serantau.

“Dari sudut ekonomi, lebih banyak bantuan boleh disalurkan jika kekuatan ekonomi umat Islam digerakkan. Begitu juga dengan pendidikan, rakyat Gaza yang tidak berpeluang ke sekolah boleh mendapat manfaat melalui penyelarasan tindakan di negeri SG4 dan negara serantau,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, usaha penyelarasan tersebut juga penting untuk dibawa ke peringkat parlimen.


“Resolusi daripada sidang meja bulat nanti, perlu diangkat ke peringkat lebih tinggi sama ada di parlimen atau pentas antarabangsa, khususnya di rantau Asia Pasifik,” jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook