Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 PAS dilabel tepu kerana tiada unsur rasuah

PAS dilabel tepu kerana tiada unsur rasuah

 


IPOH: Penganalisis di menara gading yang menganggap PAS sebagai tepu kerana mereka sering melihat parti lain sering berebut jawatan, gila kuasa dan tak aplikasi sifat serta prinsip agama. 

Pemerhati politik Dr Zulkeflee Yaacob berkata, individu terbabit seperti tidak faham bacaan iktidal dalam apa pun solat. 

"Penganalisis ini hanya tahu berkomentar dengan lama teori di makmal tetapi tidak praktikal dalam perlumbaan meraih kuasa dalam demokrasi tanpa sumber rujukan sahih.

"Maka terjadilah kepincangan dan kemaraan rakyat seperti korupsi membarah di negara jiran," katanya di sini. 

Media sebelum ini melaporkan PAS dianggap tepu oleh pensyarah Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub yang menyebabkan anak muda khusus kumpulan atas pagar menjauhkan diri daripada PAS. 

Dr Zulkeflee berkata, tepu ertinya sendat, penuh dan tak boleh menampung, namun dalam konteks politik PAS sebuah organisasi Islam yang berfungsi selain politik meraih kuasa. 

Kata beliau PAS ada pendidikan rendah sehingga pengajian tinggi, ada usrah, temu sua mesyuarat, ada liqa’ dan pelbagai wadah berkongsi dan menjana minda konstruktif.


"PAS satu-satu parti politik tidak daif pemimpin baik imam solat dan pelbagai acara keagamaan, malah pimpinan tidak berebut jawatan kerana kepimpinan suatu amanah yang menjadi tanggungjawab untuk umat dan perhitung dosa pahala sama ada aset di akhirat kelak," ujarnya. 

Menurutnya juga kepimpinan PAS sifar kes rasuah, malah berjaya menjadikan parti terbesar yang menang banyak kerusi parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lepas. 

Beliau berkata, apa yang berlaku itu menggambarkan PAS ‘tidak tepu’ sedangkan parti lain dibelenggu kes rasuah, sehingga prestasi mereka makin merudum.

Malah PAS di bawah Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang memimpin PAS selama lebih dua dekad dan kekal dihormati sebagai tokoh penyatu parti. 

"Kepimpinan Tuan Guru Hadi bukan sahaja berakar ilmu dan pengalaman, malah dihormati di peringkat antarabangsa sebagai suara gerakan Islam. 

"Malah taat siaga ahli kepada beliau berasaskan kepercayaan beliau masih berupaya mengendali parti dalam lanskap politik Malaysia yang dinamik.

"Inilah yang menjadikan PAS terus kukuh walaupun ketiadaan perubahan saf kepimpinan utama bukan ketiadaan idea baharu, tetapi dalam PAS, usul asal terhasil secara kolektif. PAS kekal sebagai parti paling stabil dalam politik Malaysia," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook