Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 PAS jadi wadah penyatuan rakyat Malaysia
utama

PAS jadi wadah penyatuan rakyat Malaysia


SALMAH MAT HUSAIN

KUALA LUMPUR: Sokongan terhadap PAS dalam kalangan masyarakat Cina dan India semakin meningkat sekarang berikutan rekod bersih dan keteguhan prinsip perjuangan parti itu.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) N Balasubramaniam berkata, masyarakat terbabit semakin matang menilai politik tanah air.

Katanya sekarang ramai masyarakat bukan Islam mengenali kepimpinan PAS yang berintegriti serta bebas daripada amalan rasuah.

“Hingga kini tiada seorang pun pemimpin utama PAS didakwa atas kesalahan rasuah. Malah, Ahli Parlimen PAS tidak pernah melompat parti semata-mata untuk mengejar jawatan atau kepentingan peribadi.

N Balasubramaniam

“Inilah antara faktor mengapa masyarakat Cina dan India memilih untuk menyokong PAS,” katanya pada kenyataan di sini.

Menurutnya juga masyarakat bukan Islam melihat PAS sebagai sebuah parti yang membawa politik berteraskan amanah, keadilan sosial serta kepedulian terhadap kebajikan sejagat.

Kata beliau mereka melihat PAS bukan hanya bercakap soal agama, sebaliknya komited membina sebuah negara yang bersih daripada korupsi, stabil dan sejahtera untuk semua.

“DHPP percaya dengan kerjasama melalui Perikatan Nasional, PAS akan terus menjadi wadah penyatuan dan pilihan terbaik rakyat Malaysia yang,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook