Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Pengalaman PAS tadbir SG4 beri peluang terajui negara
utama

Pengalaman PAS tadbir SG4 beri peluang terajui negara

ALOR SETAR: Keupayaan PAS mentadbir kerajaan empat negeri (SG4) bersama Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai perintis bagi mentadbir negara pada masa akan datang. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, ruang tersebut memberi PAS membuat persediaan untuk melangkah ke dimensi lebih luas.

“Kemampuan empat negeri yang ditadbir PAS bersama PN membuktikan realiti tersebut. 

“Kita mempunyai empat menteri besar di SG4. Panglima Perang di Kelantan, Laksmana Pertama Kehormat di Kedah, jurutera profesional di Terengganu dan Cikgu Syukri di Perlis. 

“Keempat-empat watak mentadbir negeri yang tidak kurang cekap berbanding kepimpinan perdana sedia ada,” katanya di sini.

Kesediaan PAS memimpin negara mengundang tidak senang hati pemimpin Amanah apabila naib presidennya Datuk Mahfuz Omar menganggap PAS terperangkap dalam ‘bubble’ politiknya sendiri sibuk bermimpi untuk memerintah negara. 

Mohd Firdaus juga berkata, PAS bersedia memimpin PN dan menerajui kepimpinan utama negara berdasar kompetensi pemimpin yang ada sekarang.

Katanya, figura kepimpinan PAS lengkap dengan segala watak dan kemampuan yang menggambarkan parti itu tidak ketandusan kepimpinan. 

Menurutnya pemimpin PAS bukan oportunis politik yang pragmatis kerana diajar beradab dalam soal kepimpinan. 

Kata beliau sebagai sebuah parti lama yang banyak melahirkan tokoh negarawan, PAS pasti membuktikan penglibatan dalam kerajaan melalui pengalaman politik yang mematangkan. 

“Kita berbangga dengan nama-nama besar yang disebut sebagai negarawan antaranya Haji Burhanudin Al-Helmy, Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” ujarnya. 

Beliau juga berkata, PAS masih mempertahankan ‘green flag’ dengan rekod bersih dan berintegriti sepanjang 35 tahun mentadbir Kelantan.

Katanya, tiada satu pun kes melibatkan pelanggran integriti dibuktikan pimpinan PAS di Kelantan.

“Kita juga berbangga dengan pencapaian negeri SG4 iaitu Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis. Kita tetap bertahan dengan menjunjung prinsip integriti,” tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook