Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Piala FA 2025: Kelantan TRW mara ke suku akhir
utama

Piala FA 2025: Kelantan TRW mara ke suku akhir


Oleh: Asri Hamat

KUALA LUMPUR, 15 September – Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) berjaya menempah slot ke suku akhir Piala FA 2025, menyingkirkan Kuala Lumpur City FC dengan agregat 3-2.

Sejarah menyaksikan perkembangan pasukan itu selama lapan tahun ditubuhkan. Bermula dengan nama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI FC) kepada Kelantan United Football Club (KUFC). Beralih pula menjadi Kelantan Darulnaim Football Club (KDN FC), dan kini dikenali sebagai Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW).

Walaupun tewas 0-1 kepada KL City dalam aksi pusingan kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi, bekalan kemenangan 3-1 di Kota Bharu pada perlawanan pertama sudah cukup untuk memastikan pasukan bimbingan E. Elavarasan itu mara ke peringkat lapan terbaik.

Kelantan TRW kini menanti cabaran sama ada Sabah FC atau Bunga Raya FC di suku akhir.

Dalam perlawanan malam tadi, skuad kendalian Risto Vidakovic bermula garang apabila Safawi Rashid hampir membuka jaringan seawal minit ketujuh, namun rembatan jarak dekatnya ditepis kemas penjaga gol pelawat, Damyan Damyanov. Empat minit kemudian, Safawi sekali lagi menemui gawang tetapi jaringannya dibatalkan selepas semakan VAR mengesahkan bola terkena tangannya.

KL City terus menggandakan tekanan sepanjang babak pertama, namun keampuhan benteng pertahanan Kelantan TRW bersama ketangkasan Damyanov memastikan kedudukan kekal 0-0 sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, skuad tuan rumah terus menekan dan hampir merapatkan jurang pada minit ke-46 apabila sepakan akrobatik Kpah Sherman hanya berjaya dikeluarkan di atas garisan oleh Azwan Arifin. Damyanov sekali lagi menjadi wira pada minit ke-62 apabila menepis keluar percubaan deras Victor Ruiz dari dalam kotak penalti.

Gol tunggal perlawanan akhirnya hadir pada minit ke-71 menerusi Ruiz, namun ia sekadar menghadiahkan kemenangan tipis buat KL City. Kelantan TRW kekal dengan kelebihan agregat 3-2 untuk mengesahkan tiket beraksi di suku akhir.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook