Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Potensi PN tambah kerusi DUN di Sabah

Potensi PN tambah kerusi DUN di Sabah



KOTA BHARU: PAS mengambil kira perkembangan terkini yang berlaku di Sabah sebelum memuktamadkan jumlah kerusi yang ditandingi parti itu melalui Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar perkembangan sekarang kemungkinan PAS boleh menambah jumlah kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 tidak lama lagi.

“Kita boleh tambah lagi jumlah kerusi PN di Sabah dengan mengambil kira pergolakan yang berlaku membabitkan Gabungan Rakyat Rakyat (GRS) dan Barisan Nasional (BN),” katanya program bual bicara sisi pandang disiarkan Youtube TV IPTG semalam.

Program atas talian setiap Rabu itu dihoskan pegawai penyelidik Institut Pemikiran Tok Guru Bentara Setia Ahmad Fathi Yusoff.

Mohd Amar jug berkata, kebangkitan rakyat Sabah berikutan isu adik Zara turut dilihat sebagai potensi besar boleh dimanfaat bagi menghadapi PRN-17 Sabah.

“PAS dan PN akan buat penelitian dan kita akan isytihar nanti berapa kerusi akan yang ditandingi,” katanya.



Pada PRN-16 PAS tidak menyertai pilihan raya sebagai strategi politik memperkukuhkan kerjasama parti-parti dalam PN.

Sementara itu pergolakan antara GRS dan BN tidak dapat disembunyikan lagi apabila Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor memberitahu Umno dan BN Sabah memutuskan tidak bekerjasama dengan GRS bagi menghadapi PRN ke-17.

Bagaimanapun katanya BN kekal menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Sebelum itu ADUN Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendedahkan Umno hanya ditawarkan lapan kerusi oleh GRS menerusi rundingan untuk bekerjasama menghadapi PRN-17.

Sedangkan pada PRN-16 BN mempunyai 14 kerusi di DUN Sabah.

Manakala Parti Warisan (WARISAN) dilapor memutuskan mahu bergerak solo.

Pada 10 Disember 2022 Pengerusi Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan 13 ADUN Bersatu keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta merta.

Menurutnya keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara selepas PH mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Dewan Undangan Negeri Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini mengikut Perlembagaan Negeri.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook