Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Pulau Kundur berpotensi dimajukan untuk rakyat luar bandar
Nasionalutama

Pulau Kundur berpotensi dimajukan untuk rakyat luar bandar

 

KOTA BHARU, 24 Sept – Pulau Kundur kini menjadi tumpuan pembangunan luar bandar Kelantan selepas dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk dimajukan. Susulan pembentangan mengenai  Pulau Kundur dalam Mesyuarat Exco Luar Bandar (MEXCLUB) oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin baru-baru ini, lawatan kerja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke pulau itu menjadi penanda aras kerjasama strategik untuk meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Terletak di daerah Badang, Jajahan Kota Bharu, Pulau Kundur dikelilingi Sungai Che Latif dan Sungai Badang, selain kaya dengan keaslian budaya serta keindahan alam semula jadi yang menawan. Nama pulau dipercayai diambil daripada tumbuhan “kundur” yang tumbuh subur di kawasan ini.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin, fokus utama pembangunan adalah mempertingkatkan infrastruktur, ekonomi dan kesejahteraan penduduk. “Pulau Kundur bukan sahaja cantik dan kaya budaya, malah berpotensi memberi manfaat langsung kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Pulau Kundur kini menjadi pusat ekonomi penduduk melalui aktiviti tradisional seperti menyadap tuak nipah, menangkap ketam dan lokan, penternakan ikan sangkar serta penghasilan keropok. Laluan sungai yang mengelilingi pulau menjadi habitat penting hidupan paya bakau termasuk monyet, memerang, biawak dan pelbagai spesis burung, menjadikannya lokasi ideal untuk ekopelancongan dan pengalaman kehidupan kampung yang asli. Pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Pisang, Pulau Panjang dan Pulau Senyap turut menambah tarikan kawasan ini.


Dengan pembangunan bersepadu, Pulau Kundur dijangka mampu meningkatkan pendapatan penduduk, membuka peluang pekerjaan dan mempromosikan Kelantan sebagai negeri yang mengekalkan keaslian budaya sambil bergerak ke arah pembangunan mampan. Dato’ Dr Izani turut merakamkan penghargaan kepada KKDW atas sokongan berterusan, selain menyeru semua pihak bersama-sama menjadikan Pulau Kundur sebahagian daripada agenda pembangunan negeri.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook