Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Setelah 15 tahun berlalu projek belum dilaksana

Setelah 15 tahun berlalu projek belum dilaksana


A RAHMAN HARUN

KOTA BHARU: Laluan sepanjang kira-kira 11 kilometer di Kampung Tembesu Limbat mempunyai lima jambatan sempit yang berisiko membahayakan pengguna jalan raya khususnya pada waktu puncak.

Wakil penduduk, Razali Ibrahim, 55 berkata, kebanyakan jambatan merupakan struktur lama yang dibina sejak tahun 1970-an.

Bagaimanapun katanya hanya sebuah jambatan dibaiki sedangkan empat lagi masih sempit dan membahayakan nyawa pengguna di jalan Mulong Tendong.

“Hanya sebuah jambatan sepanjang 25 meter dan jalan 200 meter sedang dinaiktaraf di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kampung Tembesu Limbat.

"Jalan di jambatan sempit dan ada selekoh amat merbahaya,” katanya ketika ditemui selepas meninjau projek tersebut di sini semalam.

Seorang lagi penduduk Che Mat Ariffin Che Daud 58, memberitahu kerajaan sudah membuat pengambilan tanah bagi projek pembesaran jalan bermula di Kampung Tembesu Limbat sehingga Kampung Keling sepanjang kira-kira 700 meter.

Kata beliau, pengambilan tersebut dibuat pada tahun 2010 termasuk proses bayaran pampasan yang diberikan penduduk terbabit, namun setelah 15 tahun berlalu projek tersebut belum dilaksanakan. 


Menurutnya lima tahun lalu penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyelesaikan tersebut.

Bagaimanapun katanya, tidak ada agensi kerajaan melayan aduan penduduk sehingga masalah tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kubang Kerian Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

"Kita berharap kerajaan menyelesaikan masalah tersebut bagi kemudahan penduduk dan pengguna jalan raya,” ujarnya. 

Sebelum ini pada 11 November 2024 pada Usul Kamar Khas Parlimen Tuan Ibrahim membangkitkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Beliau menyenaraikan sebanyak 24 jambatan di Parlimen Kubang Kerian yang memerlukan perhatian kerajaan untuk di baikpulih termasuk lima jambatan sempit di Jalan Mulong Tendong.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook