Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Skim Bina Usahawan bantu peniaga kecil di Kota Lama

Skim Bina Usahawan bantu peniaga kecil di Kota Lama


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Seramai 23 peniaga kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama menerima sumbangan modal perniagaan daripada kerajaan negeri.

Sumbangan terbabit berjumlah RM16,000 bagi membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan masing-masing.

Penyelia DUN Kota Lama Ir Nor Shakiman Mohamad berkata, setiap peniaga menerima antara RM500 hingga RM1,000 mengikut keperluan perniagaan mereka. 

Katanya, sumbangan itu sebagai komitmen kerajaan negeri bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya melalui Skim Bina Usahawan di bawah agenda Kelantanku Cakna.

“Bantuan ini sebagai modal permulaan supaya mereka lebih maju dalam bidang perniagaan,” katanya pada majlis penyampaian bantuan tersebut baru-baru ini.

Menurutnya juga DUN Kota Lama turut merancang program kedua dengan memberi bantuan berbentuk barangan bagi memastikan sokongan berterusan dapat dinikmati peniaga kecil.


Katanya juga hampir 20 jenis perniagaan diperkenal melalui program tersebut di bawah bimbingan Kelab Usahawan Haraki bagi memasarkan produk ke pasaran lebih luas termasuk Singapura.

“Kerajaan negeri melalui KU Haraki akan membantu usahawan dalam aspek pemasaran, termasuk memberi nasihat berkaitan pembungkusan dan strategi promosi,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pendapatan melalui perniagaan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat, khususnya apabila usahawan berjaya menjadi pembayar zakat.

“Jika sebelum ini mereka penerima zakat, Insya-Allah melalui usaha gigih mereka pula akan menjadi pembayar zakat pula. Hasilnya masyarakat setempat dapat merasai keberkatan,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook