Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Sumbangan PERKESO bantu wartawan bangkit semula

Sumbangan PERKESO bantu wartawan bangkit semula


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengajak media bersama agensi itu membantu memudahkan penyampaian maklumat kepada ahli keluarga, saudara mara atau rakan yang layak menerima manfaat.

Ketua Cawangan Penjenamaan, Media dan Perhubungan Awam PERKESO, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, ada ibu menitiskan air mata apabila menerima pencen penakat daripada anak yang sudah meninggal dunia.

Begitu juga ada seorang isteri yang merasa seolah-olah masih mendapat nafkah daripada suaminya walaupun sudah lama meninggal dunia.

“PERKESO terus memperkukuh kerjasama dengan pengamal media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan mesej berkaitan manfaat keselamatan sosial kepada rakyat.

“Hubungan erat dengan media amat penting supaya setiap maklumat yang disalurkan sampai kepada masyarakat,” katanya pada Malam Jalinan Mesra Media bersama PERKESO di sini semalam. 

Turut hadir Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Yatimin Abdullah dan Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob.


Tengku Khalidah turut berkongsi pengalaman ketika Utusan Malaysia ditutup pada 2019, di mana PERKESO tampil menghulurkan bantuan kepada pengamal media yang terjejas ketika itu.

“Ketika Utusan ditutup, saya sendiri jatuh terduduk. Namun PERKESO datang memberi sokongan sehingga kami mampu bangkit kembali,” ujarnya.

Tengku Khalidah yang juga Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) turut menekankan kepentingan pengamal media bersatu dalam persatuan, menjaga profesionalisme dan saling membantu menghadapi cabaran industri.

Sebagai menghargai peranan agensi media, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil media.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook