Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tanah Merah tuan rumah sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 dan ANMS
utama

Tanah Merah tuan rumah sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 dan ANMS


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 10 September – Tanah Merah bakal mencatat sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 yang digabungkan bersama Promosi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam SekitarYB Hilmi Abdullah memaklumkan bahawa program tersebut dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Menurutnya, pemilihan Tanah Merah sebagai lokasi sambutan memberi mesej jelas bahawa usaha memperkukuh kesedaran kesihatan mental dan gaya hidup sihat mesti diperluas hingga ke komuniti luar bandar.

“Kesihatan mental adalah asas kebahagiaan, ketahanan diri dan kepuasan hidup. Melalui sambutan ini, pelbagai acara di bawah ANMS dan Kelantan Sihat akan melibatkan masyarakat pelbagai lapisan, selaras dengan usaha meningkatkan kesedaran terhadap amalan gaya hidup sihat,” katanya menerusi media sosial, semalam.


Beliau juga menegaskan bahawa program berkenaan mampu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu kesihatan mental.

Sekali gus menyokong usaha pencegahan serta rawatan menyeluruh bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi, obesiti dan sakit jantung.

“Melalui program dan kempen kesedaran berterusan, kita berharap dapat melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti menjelang 2030,” tambahnya.

Terdahulu, YB Hilmi menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah bagi membincangkan persediaan penganjuran acara berkenaan.

Untuk rekod, Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) disambut pada 10 Oktober setiap tahun sejak diperkenalkan oleh World Federation for Mental Health pada 1992.

Di Malaysia, tarikh tersebut turut diangkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai platform rasmi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kesihatan mental.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook