Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Tanaman anggur rancak sektor agrotourism di Kelantan
utama

Tanaman anggur rancak sektor agrotourism di Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kelantan berpotensi besar mengeluarkan anggur sebagai hasil pertanian dan merancakkan sektor agrotourism yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Negeri Dato’ Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail berkata, tanaman anggur sebahagian daripada tarikan agrotourism pada masa akan datang.

"Pengalaman yang ditimba di Korea Selatan akan dijadikan panduan untuk memperkukuh industri pertanian khususnya dalam bidang penanaman anggur," katanya di sini. 

Baru-baru ini beliau mengetuai delegasi dari Kelantan melawat  Ladang Anggur Organik Deok-Hyeon di Korea Selatan.

Delegasi tersebut turut disertai ikon petani muda anggur Kelantan, Taufik dari Po-Land Grape Machang dan  Wan Yusoff Abdul Rahman dari Kelantan Grape Vine Yard, Tumpat.

Turut serta wakil Teknikal Jabatan Pertanian Kelantan, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.

Pada lawatan itu delegasi Kelantan disambut Datuk Bandar dan pihak pengurusan ladang.

Ladang Anggur Organik Deok-Hyeon beroperasi lebih 30 tahun dikenali dengan penghasilan anggur organik berkualiti tinggi. Pokok yang ditanam mampu mengeluarkan lebih 4,500 tangkai.

Mohd Saripuddin juga berkata, lawatan itu diharap dapat membuka ruang kerjasama baharu, memperkukuh ilmu, serta memberi inspirasi kepada petani muda dalam mengembangkan industri anggur di tanah air.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook