Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tujuh pelan tindakan pertahan kedudukan Islam dalam Negara
utama

Tujuh pelan tindakan pertahan kedudukan Islam dalam Negara


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 17 September – Wakil dari negeri Kelantan, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dengan tegas memperjuangkan agenda mempertahankan kedudukan Islam di Malaysia ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Muktamar PAS ke71 di Alor Setar, Kedah dengan membawa tajuk “Mempertahankan Kedudukan Islam dalam Negara.”

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Selising merangkap Exco Kerajaan Negeri Kelantan, dalam satu hantaran di media sosialnya menegaskan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Malaysia dan telah pun dipersetujui oleh semua kaum sewaktu detik kemerdekaan negara.

"Mempertahankan agama Islam bukan satu pilihan, tetapi satu tanggungjawab yang wajib digalas oleh seluruh umat Islam,” tegas beliau dalam media sosialnya pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan tujuh pelan tindakan sebagai usaha bersepadu bagi merealisasikan komitmen ini di peringkat nasional, khususnya dalam kalangan negeri-negeri SG4.


Antara cadangan tersebut ialah mengadakan sambutan serta program pemerkasaan Syariah secara tahunan di seluruh negara sebagai usaha meningkatkan kefahaman dan sokongan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya pentadbiran Islam dan Kanun Jenayah Syariah Islam dikemaskini, khususnya di negeri-negeri SG4 bagi memastikan keberkesanan serta keseragaman pelaksanaannya.

Cadangan seterusnya menekankan keperluan melahirkan lebih ramai pakar perundangan Syariah yang aktif bergerak dalam masyarakat untuk menyebarkan kepentingan dan kefahaman berkaitan pelaksanaan Syariah.

Beliau juga mengusulkan agar program menangani gejala sosial, khususnya dalam kalangan remaja terus disemarakkan sebagai langkah pencegahan awal terhadap keruntuhan moral.

Dalam aspek ekonomi pula, beliau menekankan kepentingan memperkukuh pembangunan ekonomi negeri-negeri SG4 melalui pembangunan industri halal sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi berlandaskan Syariah.

Cadangan lain ialah menyemarakkan kesedaran patuh Syariah di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui garis panduan pelesenan, iklan, kawalan hiburan serta penguatkuasaan. Langkah ini termasuk penubuhan jabatan pembangunan Islam di PBT dengan penambahbaikan kepada model sedia ada.

Akhir sekali, beliau menegaskan kepentingan memperkasakan aspek sejarah negara, tatanegara dan pembinaan sahsiah berteraskan nilai agama, kebangsaan dan budaya tempatan, khususnya kepada generasi muda.

Cadangan yang dibentangkan oleh beliau ini merupakan bukti kesungguhan Negeri Kelantan untuk menjadi peneraju dalam usaha memperkasakan Syariah dan memelihara kedudukan Islam selaras dengan Perlembagaan dan aspirasi umat Islam di Malaysia.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook