Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Umno Kelantan bantah Pusat biayai projek jambatan
utama

Umno Kelantan bantah Pusat biayai projek jambatan

KOTA BHARU: Dakwaan pihak tertentu kononnya Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dibina tauke judi Tan Sri Lim Goh Tong sebagai balasan menyiapkan Jambatan Sultan Yahya Petra dianggap tidak berasas.

Jambatan terbabit dibina syarikat Kien Huat pada 1963 dan dirasmi pembukaannya oleh Sultan Yahya Petra pada 17 April 1965.

Jambatan terbabit dibina ketika Dato’ Ishak Lofti berkhidmat sebagai Menteri Besar, manakala siap semasa Kelantan di bawah pentadbiran Dato’ Mohd Asri Muda.

Ketika kempen pilihan raya umum 1959 Perikatan menjanjikan akan membina jambatan tersebut dan peruntukan sudah diluluskan kerajaan Pusat.

Bagaimanapun menurut bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Haji Mohd Amin Yaakub, kerajaan Perikatan yang menguasai kerajaan Pusat membatalkan cadangan tersebut selepas Perikatan tewas di Kelantan. 

Dan peruntukan bagi membina Jambatan Sultan Yahya Petra dialih ke Temerloh, Pahang.

Malah, kerja-kerja tapak di lokasi pembinaan sudah bermula di sebelah Pasir Pekan dan Kota Bharu. 

“Namun segala peralatan dipindah ke Temerloh untuk membina jambatan di sana bagi menggantikan perkhidmatan feri pada masa itu. Malangnya jambatan tersebut gagal disiapkan kerana dihanyutkan banjir besar pada tahun itu,” kata Haji Mohd Amin pada buku Sejarah Pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990.

Buku tersebut diterbit Pusat Kajian Strategik pada Ogos 2001. Haji Mohd Amin ketika itu bertugas sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri. Beliau dilantik ahli jawatankuasa pembinaan Jambatan Sungai Kelantan yang dipengerusikan menteri besar. 

Ahli jawatankuasa lain termasuk Timbalan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Baru-baru ini viral seorang aktivis Umno mendakwa bangunan Pejabat PAS Kelantan dibina tauke judi sebagai timbal balas menyiapkan Jambatan Sultan Yahya Putra.

Menurut Mohd Amin kerajaan negeri mengadakan perundingan bagi membolehkan kerajaan Pusat meneruskan projek terbabit.

“Satu cadangan telah dikemukakan supaya kerajaan Pusat memberi kemudahan pinjaman kepada kerajaan negeri untuk membina jambatan merentangi Sungai Kelantan.

“Tetapi mendapat bantahan daripada Umno Kelantan menyebabkan cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan Pusat. Akhirnya kerajaan negeri membina jambatan tersebut melalui pinjaman dalam negeri,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook