Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

YB Rohani, Dr Wan Nik terima gelaran Dato'
utama

YB Rohani, Dr Wan Nik terima gelaran Dato'

SALMAH MAT HUSAIN 

KOTA BHARU:  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim dan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato'.

Mereka menerima darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang ke-56 hari ini.

Turut menerima darjah kebesaran tersebut Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Timbalan Speaker, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Mereka antara senarai 803 penerima anugerah kebesaran negeri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai  penerima anugerah kebesaran yang berlangsung  di Istana Balai Besar, hari ini.

Beliau dikurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Dato'. 

Dua lagi penerima SJMK ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Datuk Seri Zukri Samat dan Ketua Pegawai Eksekutif Asianmax Corporation Sdn Bhd, Datuk Soo Sze Ching.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaffar pula menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang  membawa gelaran Dato'.

Pada istiadat sama, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dikurniakan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK). 

Ketua Hakim Negara, Dato' Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Idham Abd Ghani turut menerima anugerah SPSK Kehormat.

Selain itu, Ketua Polis Kelantan, Dato' Mohd Yusoff Mamat merupakan penerima tunggal bagi Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK). 

Sementara itu, lima individu dikurniakan Ahli Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) termasuk Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris; Panglima Wilayah Udara 1, Datuk Mahadzer Amin dan Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara, Datuk Azhar Mustapha.

Seramai 17 penerima lain menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) antaranya Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd Amran Mat Zain; Akauntan Negara, Zainani Jusoh; Yang Dipertua MPKB-BRI, Azi Rahimee Mohamed; Bendahari Negeri, Roslan Yahya; Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Nik Raisnan Daud serta Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Zulkiflee Ab Rahman.

Empat penerima DPSK Kehormat pula ialah Hakim Mahkamah Tinggi 1 Kota Bharu, Hasbullah Adam; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Arham Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Fadly Amri Aliaman.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook