Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 YIK lahir tokoh pimpinan peringkat negara

YIK lahir tokoh pimpinan peringkat negara

A RAHMAN HARUN

ALOR SETAR: Agenda pendidikan di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menjadi nadi kepada perkaderan anak muda bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh Malaysia yang melahirkan ramai pemimpin dan tokoh di peringkat negara.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Marwan Husin berkata,  buktinya pimpinan yang ada di semua peringkat Dewan Pemuda pasti akan terselit seorang dua lepasan YIK.

Contohnya kata beliau Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Nawi adalah alumni sekolah YIK suatu ketika dahulu.

"Ia sekadar contoh bagi melengkapkan rekod sejarah yang tidak mungkin dipadamkan dan kita di Kelantan turut berbangga dengan pencapaian tersebut," katanya ketika membahas ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS di sini hari ini. 

Menurutnya pendidikan yang diselia YIK menjadi model utama kerajaan negeri dalam melahirkan golongan pemuda yang mempunyai jati diri Islam yang tinggi dan mampu mendepani cabaran zamanm

Marwan juga berkata, YIK menjadi agensi pelaksana Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) bagi menerajui sektor pendidikan yang menjadi model kepada Kedah, Terengganu dan Perlis.

Katanya juga YIK mempunyai 93 sekolah merangkumi lapan kategori  iaitu Maahad Pilihan, Maahad Kawalan, Maahad Kerajaan, Sekolah Menengah Ugama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Rendah Ugama, Tadika dan Pondok Moden.

Malah katanya kerajaan negeri turut membelanjakan tidak kurang RM10 juta sebulan bagi emolumen dan pengurusan YIK dan sekolah kelolaannya yang menjadikan RM125 juta diperuntukkan dalam belanjawan saban tahun.

"Namun apa yang saya cuba bangkitkan ialah sisi penting ini adalah kesungguhan melahirkan modal insan yang ampuh untuk negeri dan negara tanpa menafikan sekolah aliran perdana," ujarnya. 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook