Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

11 mahasiswa terima anugerah di Majlis Anugerah Perdana Siswa Kelantan 2025
utama

11 mahasiswa terima anugerah di Majlis Anugerah Perdana Siswa Kelantan 2025


Oleh: Syamimi Manah

BANGI, 12 Oktober – Kerajaan Negeri Kelantan memberi pengiktirafan kepada 11 mahasiswa anak Kelantan daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Majlis Anugerah Perdana Siswa Kelantan 2025.

Pengiktirafan tersebut dianugerahkan bagi meraikan kejayaan cemerlang mereka dalam pencapaian akademik, kepimpinan, dan sumbangan kepada masyarakat.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menekankan bahawa anugerah tersebut adalah pengiktirafan terhadap pencapaian akademik sekali gus sebagai dorongan kepada mahasiswa untuk terus menimba ilmu dengan penuh dedikasi.

“Islam meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dan Allah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut, di sebuah hotel di sini, hari ini.


Menurutnya, kerajaan negeri sangat menekankan aspek pendidikan sehingga 93 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Beliau turut memberi pesanan kepada mahasiswa yang hadir agar terus tekun dalam menuntut ilmu.

“Cara untuk berbakti kepada ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga kalian menjadi pelajar cemerlang,” jelasnya.

Penerima anugerah berkenaan ialah Muhammad Medina Munawwarahmathuddin Al Haq Mohamed dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku penerima Anugerah Perdana Siswa 2025.


Manakala Persatuan Mahasiswa Anak Kelantan (PERMAKU) dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pula dipilih sebagai Persatuan Anak Negeri Terbaik.

Sementara itu, Muhammad Badrul Hisham Mahtar, yang kini menyambung pengajian sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menerima Anugerah Tokoh Alumni Mahasiswa Kelantan.

Seterusnya, Muhammad Nur Hafiz Razali dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dianugerahkan Anugerah Siswa Inspirasi disusuli Muhammad Rusydan Zahariman dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Anugerah Aktivis Sukarelawan.

Bagi kategori Aktivis Dakwah Kampus, anugerah diberikan kepada Muhammad Mu’az Ariff Mazlan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mewakili siswa dan Anis Nabilah Anas dari Universiti Malaya (UM) bagi siswi.

Anugerah Akademik Cemerlang dimenangi oleh Mohamad Fitri Adanan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Nik Nur Balqis Na’hazani dari UniSZA.

Anugerah Kepimpinan Mahasiswa pula diberikan kepada Muhammad Afiq Azhar Azuan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Siti Rahmah Hayati Ab Rahman dari KIAS.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook