Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

2 sekolah YIK terima anugerah kecemerlangan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V
utama

2 sekolah YIK terima anugerah kecemerlangan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 2 Oktober – Dua buah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-56 tahun.

Pengiktirafan itu diberi atas pencapaian cemerlang sekolah-sekolah tersebut dalam peperiksaan utama tahun 2024.

Mendahului senarai ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat, Beta Hulu, Ketereh yang merupakan sekolah YIK terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.68.

Sekolah itu juga menerima anugerah sekolah terbaik bagi peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2024 dengan GPS 1.31.

Manakala Maahad Muhammadi Lelaki pula menerima anugerah sekolah terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 dengan GPS 2.10.


Majlis pengurniaan anugerah telah disempurnakan oleh KBDYMM Sultan Muhammad V semasa Majlis Taman (Raja Bersama Rakyat) yang diadakan sempena sambutan dirgahayu baginda ke-56 tahun di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, pada Rabu.

Sehubungan itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat menjunjung kasih kepada KBDYMM Sultan Kelantan atas kurniaan tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua sekolah terbabit.

“Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang telah menerima Anugerah Kecemerlangan.


“Moga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga YIK untuk terus mengukir kecemerlangan dalam pendidikan Islam di negeri Kelantan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, pada Rabu.

Tambahnya, penganugerahan itu membuktikan kejayaan YIK dalam memperkasakan pendidikan Islam dan melahirkan pelajar cemerlang di negeri ini.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook