Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ahmad Izuddeen, Arif Danish johan Syarahan PMBI 2025

Ahmad Izuddeen, Arif Danish johan Syarahan PMBI 2025

Ahmad Izuddeen, Johan Syarahan Perdana Kategori Terbuka 2025

Oleh: Syamimi Manah 

KOTA DARULNAIM, 15 Oktober – Pentas Akhir Syarahan Perdana Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) 2025 menyaksikan dua nama muda mencuri perhatian apabila Ahmad Izuddeen Mohammed Anuar Mushoddad dari DUN Dabong dinobatkan sebagai johan Kategori Terbuka dan Muhammad Arif Danish Ahmad Sabrani dari DUN Bukit Panau mendominasi Kategori Cilik.

Lebih menarik, Ahmad Izuddeen turut membawa pulang Anugerah Juri Awam sekali gus membuktikan kemampuan beliau menambat hati panel profesional dan penonton. 

Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu itu membawa pulang RM2,000 beserta sijil serta trofi kemenangan dan piala pusingan.

Dalam kategori terbuka juga menyaksikan Ahmad Ramzil Hafizie Rusli (Pulai Chondong) meraih naib johan manakala tempat ketiga dimiliki Siti Aisyah Azhar (Pengkalan Kubor). Rekod tahun lepas mencatat Ahmad Ramzil Hafizie menduduki tempat ketiga.

Ahmad Ramzil Hafizie Rusli, Naib Johan Syarahan Perdana PMBI Kategori Terbuka 2025

Sementara Arif Danish pula menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta sijil, piala pusingan dan piala iringan diikuti Nublah Faqihah Mohd Nazri (Ayer Lanas) diumum naib johan, manakala Najlaa' Hasanah Aisyah Ahmad Najme (Ayer Lanas) di tempat ketiga. 

Arif Danish, Johan Syarahan Perdana PMBI Kategori Cilik 2025

Nublah Faqihah Mohd Nazri, Naib Johan Syarahan Perdana PMBI Kategori Cilik 2025

Najlaa' Hasanah Aisyah Ahmad Najme, Tempat Ketiga Syarahan Perdana PMBI Kategori Cilik 2025

Anugerah Juri Awam kategori berkenaan disandang oleh Shafiy Danish dari Chempaka. 

Shafiy Danish, Penerima Anugerah Juri Awam Kategori Cilik

Ketua Juri yang juga Pengarah Institut Pengajian Tok Guru (IPTG) Prof Emeritus Dato’ Dr. Johari Mat memuji kematangan persembahan para peserta, khususnya dalam aspek gubahan isi, gaya komunikasi dan penguasaan bahasa.  

“Interaksi mata, penyampaian mesej yang hidup dan kawalan ‘bunga-bunga bahasa’ adalah kunci mencuri tumpuan pentas,” katanya.

Ketua Juri, Prof Emeritus Dato’ Dr. Johari Mat

Beliau berharap semua peserta terus mengasah minat dalam dunia syarahan sebagai pewaris legasi kepimpinan pada masa depan.

Turut hadir menzahirkan sokongan kepada para peserta yang mewakili DUN masing-masing ialah Ahli Dewan Negeri (ADN Dabong YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin, ADN Bukit Panau YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan ADN Tanjung Mas YB Dato’ Rohani Ibrahim.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook