Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Aspek keselamatan lokasi pelancongan diutama
utama

Aspek keselamatan lokasi pelancongan diutama


Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Usaha pembaikan Jeti Tambatan Diraja akibat arus sungai beberapa hari lepas akan dilaksanakan segera bagi memastikan operasi pelancongan air tidak terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, kerajaan negeri komited memastikan kemudahan pelancongan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Katanya langkah itu penting supaya sektor pelancongan terus berkembang secara mampan dan menjadi tarikan utama pelancong tempatan serta antarabangsa.

“Langkah pembaikian kerosakan yang berlaku akan diambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengunjung.

“Jeti berkenaan merupakan antara laluan penting pelancong ke destinasi pelancongan ikonik di Pulau Suri, Laman Warisan Kampung Laut, Pasar Terapung Pengkalan Datu dan Kelate Cruise,” katanya di sini semalam.


Sebelum itu beliau meninjau jeti berkenaan yang rosak akibat arus sungai yang deras ketika hujan lebat beberapa hari lepas.

Kamarudin berkata, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan di setiap lokasi pelancongan supaya kejadian tidak diingini tidak berlaku.

Menurutnya usaha memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi pelancongan giat dijalankan di bawah Dasar Membangun Bersama Islam.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook