Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bekalan air bersih di Kelantan dijangka stabil menjelang 2030
utama

Bekalan air bersih di Kelantan dijangka stabil menjelang 2030


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 1 Oktober 2025 – Kerajaan Negeri Kelantan optimis bahawa isu bekalan air bersih akan dapat distabilkan menjelang tahun 2030 menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur air dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM1 bilion.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato' Dr. Izani Husin berkata, antara inisiatif utama yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Machang dan Tanjung Mas, Kota Bharu.

“Loji-loji baharu ini dijangka menyumbang kapasiti keseluruhan sebanyak 120 juta liter air sehari. Di samping itu, sebanyak 330 kilometer paip uzur akan digantikan, diikuti pembangunan sistem agihan serta pembinaan tangki air di seluruh negeri,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan bekalan air.

“Kerjasama erat ini akan memperkukuh pengurusan sistem bekalan air di Kelantan , khususnya dalam menangani isu tekanan rendah serta meningkatkan margin rizab air terawat bagi menampung pertambahan akaun pengguna,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Dato’ Dr. Izani turut memaklumkan bahawa satu lagi projek penting iaitu pembinaan LRA Bukit Cupak di Gua Musang kini hampir siap, dengan nilai projek sebanyak RM47.9 juta.

“Projek ini dijangka beroperasi tidak lama lagi dan bakal memberi manfaat kepada lebih 25,000 penduduk sekitar, dengan kapasiti pengeluaran air sebanyak 10 juta liter sehari,” katanya lagi.

Beliau menegaskan bahawa usaha berterusan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan sistem bekalan air yang mampan, efisien dan berupaya menyokong pembangunan sosioekonomi rakyat Kelantan secara berperingkat menjelang tahun 2030.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook