Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Belanjawan 2026: Kelantan harap projek infrastruktur dilaksana mengikut jadual
utama

Belanjawan 2026: Kelantan harap projek infrastruktur dilaksana mengikut jadual


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 11 Oktober – Kerajaan Negeri Kelantan berharap projek-projek infrastruktur untuk negeri Kelantan yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 oleh kerajaan persekutuan dapat dilaksanakan mengikut jadual demi manfaat kepada rakyat di negeri itu.

Antara projek utama yang diumumkan termasuklah naik taraf jalan sedia ada kepada jalan berkembar empat lorong di Rantau Panjang serta naik taraf landasan kereta api Pasir Mas - Rantau Panjang.

Turut diumumkan ialah projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, pembinaan jalan utama Kubang Kerian–Bachok dan Pasir Mas - Salor, Sistem Saliran Bandar Baru Tunjong, projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Mukim Tiong dan Mukim Jelutong serta Sistem Bekalan Air Luar Bandar di Pasir Mas.

Selain itu, Kelantan juga akan mendapat manfaat daripada projek Loji Rawatan Air (LRA) Machang dan pelaksanaan Program Non-Revenue Water (NRW) yang dijangka dapat meningkatkan kecekapan sistem bekalan air negeri untuk kepentingan rakyat.

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menyatakan harapan agar pelaksanaan projek-projek tersebut dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Projek-projek yang diumumkan ini amat penting bagi memperkukuh asas pembangunan negeri dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat. Kita berharap agar semua projek tersebut dapat dimulakan dan disiapkan sebagaimana dirancang seperti pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai serta projek tebatan banjir diharapkan dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual sepanjang tahun 2026.

"Begitu juga projek-projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia sebelumnya tetapi masih belum dimulakan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga berharap agar sektor pertanian dan pelancongan turut diberi perhatian dalam fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), memandangkan kedua-dua sektor itu mempunyai potensi besar untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri amat mengalu-alukan peruntukan yang diumumkan kepada negeri Kelantan bagi memperkukuhkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

"Kejayaan pelaksanaan projek-projek tersebut yang cekap dan berkesan akan memperkukuh asas pembangunan negeri bahkan turut memberi kesan langsung kepada peningkatan taraf hidup rakyat," ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook