Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Busana nelayan warnai Karnival Cakna Rakyat DUN Selising
utama

Busana nelayan warnai Karnival Cakna Rakyat DUN Selising


Oleh: Syamimi Manah
Kredit Foto: Unit Media ADN Selising

PASIR PUTEH, 21 Oktober 2025 – Karnival Cakna Rakyat DUN Selising mencuri tumpuan apabila para pengunjung tampil mengenakan pakaian bertema nelayan, menjadikan suasana di Dataran Al-Barakah, Tepi Sungai Tasek Pauh pada Isnin, seolah-olah sebuah perkampungan nelayan tradisional.

Karnival yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat hadir dengan busana berinspirasikan kehidupan masyarakat di perairan Kelantan.

Pengunjung lengkap dengan terendak, kain batik lepas, kain semutar, seluar panjang lasak serta kasut getah yang sinonim dengan aktiviti air.


Lebih menarik, ada yang turut membawa alatan seperti pukat, sauh, bakul anyaman dan jaring ikan, menambah warna kepada suasana mesra rakyat di tepi sungai tersebut.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Selising, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, tema pakaian nelayan dipilih bagi mencerminkan identiti masyarakat Selising yang hidup rapat dengan sungai dan laut.

“Pendekatan ini memberi kelainan kepada penganjuran Karnival Cakna Rakyat dan dalam masa yang sama menghidupkan semangat kebersamaan yang menjadi nadi kehidupan komuniti pesisir,” katanya menerusi media sosial, semalam.


Beliau berkata, karnival anjuran Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Selising itu bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah memperkukuh semangat cakna terhadap kesejahteraan komuniti setempat.

Antara aktiviti yang turut memeriahkan karnival ialah persembahan kanak-kanak, pertandingan pidato, acara nelayan sungai, khemah berhias, pemeriksaan kesihatan serta pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook