Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Halaman rumah jadi kebun mini, penjana rezeki keluarga – Exco Pertanian
utama

Halaman rumah jadi kebun mini, penjana rezeki keluarga – Exco Pertanian


Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 1 Oktober – Halaman rumah boleh dijadikan kebun mini yang menyumbang kepada keselamatan makanan, mengurangkan kos sara hidup dan membuka peluang rezeki keluarga.

Demikian saranan Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail yang melihat Program Dapur Hijau sebagai wadah membudayakan pertanian di halaman sendiri.

“Usaha ini bukan sahaja menyokong jaminan makanan mampan, malah memberi peluang kepada setiap keluarga menjadikan halaman rumah sebagai kebun mini yang penuh manfaat,” katanya ketika merasmikan Program Dapur Hijau peringkat Parlimen Pengkalan Chepa 2025 di sini, Ahad lalu.


Sebanyak 90 peserta dari DUN Chempaka, Panchor dan Kijang menerima kit pemula pertanian yang merangkumi anak pokok limau kerat lintang, lebih sepuluh jenis biji benih tanaman, baja organik serta panduan menanam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd atas komitmen menjayakan program yang memberi kesan langsung kepada masyarakat setempat.

Saranan tersebut disokong Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka YB Nik Bahrum Nik Abdullah yang menyifatkan inisiatif itu bukan sekadar hobi hujung minggu, sebaliknya langkah bijak menjamin keselamatan makanan dan menyediakan rezeki halal buat keluarga.


“Jelas terpancar kegembiraan para peserta, terutama ibu-ibu yang menjaga kemaslahatan keluarga. Halaman rumah yang sebelum ini kosong bakal menghijau dengan sayuran dan buah-buahan,” katanya dalam hantaran di laman rasmi beliau.

Menurutnya lagi, kit yang diagihkan bukan sekadar peralatan bercucuk tanam, tetapi menyuntik semangat untuk menjadikan halaman rumah sebagai “Syurga Hijau” iaitu tempat menuai hasil usaha sendiri dengan penuh keberkatan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook